Saturday, September 13, 2014

Kaku #2

aku, abang, dan adik dalam perjalanan ke rumah kakak ipar untuk menjemput kakak ipar. oleh kerana aku tidak selalu berada di kampung, maka aku pun dengan senang hatinya ingin menemani abang dan adik. macam biasa, aku akan melalak di dalam kereta. tapi sampai satu masa tiba-tiba kereta sunyi.

"apa benda paling hitam pernah korang buat?"

tanya abang memecahkan kesunyian.

adik memulakan cerita di mana hubungan cinta dia dihalang oleh bapa dan juga guru-guru. sampai bapa dipanggil ke sekolah untuk berbincang mengenai adik. bagi adik itulah kisah hitam yang pernah dilaluinya, hubungannya dengan kekasihnya terpaksa berakhir di situ. 

tiba-tiba aku teringat akan kisah cinta monyet aku semasa sedang menunggu keputusan PMR. keluarga tidak menggalakkan kerana bagi mereka belum masanya lagi. tapi jiwa remaja aku meronta untuk bercinta, dan buat kali pertamanya aku bermain hubungan atas nama cinta. macam gah! tapi hakikatnya tidak.

aku ketawa kecil.

"kau macam mana dikya?" tanya abang.

"aku? benda paling hitam dalam sejarah hidup aku pernah aku buat dan masih aku buat sampai sekarang adalah keluar lepak dengan ramai lelaki."

"hebat kau.. jangan makan diri sudah.."

"ala.. kawan je lah.. bukannya keluar berdua.. beramai-ramai.."

ya, memang masa di universiti aku banyak kawan lelaki. dan aku memang suka membuang masa bersama mereka tidak kira di kedai mamak, karaoke, atau tepi pantai. tapi bukan bermakna aku tidak menjaga batas-batas aku sebagai seorang perempuan. mungkin sebab lelaki lebih sempoi dan tidak mudah terasa kut.

"aku faham.. dan aku tak marah selagi kamu mampu membezakan baik dan buruk.lagi pun, kalau kita takde masa hitam, kita takkan jadi manusia.."

kata abang sebagai penutup. dan enjin kereta dimatikan, tanda sampai di rumah kakak ipar.


bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: