Friday, September 26, 2014

Kaku #10

"kau ada masa tak?" tanya Syafiq.
"ada..kenapa?"
"aku nak minta nasihatlah.. boleh tak doktor cinta?"

Syafiq ni memang selalu ada masalah nak berhadapan dengan perempuan yang dia suka. Yang jadi mangsanya aku lah. Nak minta nasihatlah, kekuatan lah, ceh! ingat aku ada superpower nak bagi semangat kat dia? Tapi aku tak kisah pun, memandangkan dia ni memang rapat dengan aku. Aku anggap macam adik-adik je, terencat akal pun boleh. Jahat aku.

Syafiq ni ada suka kat seorang perempuan kat kelas dia yang bernama Syima. Tapi dia tak berani nak terus terang. Menurut soal siasatku, seperti biasa dia tiada keberanian.

"kau rapat ke dengan dia?" tanyaku.
"rapat sangat.. sebab tu lah aku tak berani.."
"kau kena hati-hati wei.. nanti masuk friendzone pula.."
"friendzone tu menatang ape?"
"friendzone tu berlaku di mana dia dah selesa nak berkawan dengan kau.."
"so apa masalahnya?"
"the problem is, perempuan ni.. bila dia dah selesa berkawan, dia takut nak ubah hubungan tu ke arah percintaan.. sebab dia takut friendship tu akan rosak bila break up nanti.."
Syafiq terdiam.
"kau faham tak ni?" tanyaku.
" contoh?"
"contoh macam aku dan kau lah.. aku dah selesa berkawan dengan kau.. tiba-tiba kau confess suka kat aku.. gila aku nak terima. aku terajang lagi adalah.."
Mata Syafiq membulat. "Fuiiyyoo.. sampai terajang tu.. so, nak buat macam mana ni?"
"hmm.. kau bagi dia hint dulu yang kau suka kat dia.. caring lebih, tapi jangan tekan dia sangat.. takut dia tak selesa.."

Entah faham atau tak Syafiq tu dengan arahan aku. Okay romeo, nasihat aku dari sudut pandangan perempuan. Kalau nak mengayat perempuan tu jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat. Kalau kau approach perempun tu sebelum dia kenal kau, percayalah dia akan tolak sebab dia akan rasa kau main-main (tapi tak tahulah kalau jenis perempuan yang suka main-main juga). Dan bila kau terllu lambat, sampai dia selesa berkawan dengan kau. Ada kemungkinan dia akan tolak juga bila kau approach dia. Sebab?dia takut nak hilang kawan macam kau. Senang bukan?

Sekali lagi Syafiq datang bertemu aku di perpustakaan seperti biasa. Dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Mungkin berjaya, mungkin tidak. Syafiq duduk di sebelahku sambil berdengus kasar.

"kau dah kenapa?" tanyaku sambil membelek buku.
"aku dah buat dah apa kau suruh.."
"so? positive or negative?"
"macam positive je.. so, what next?"
"next? tunggu apa lagi? confess lah!!"

Tiba-tiba semua mata melihat ke arahku. Aku tak sengaja menjerit.

"soorryy.." kataku separuh berbisik sambil menggenggam kedua belah tapak tanganku.

"nak confess macam mana?" tanya Syafiq.
"confess je lah.."
"by phone or face to face?"
"it's up to you.. tapi for me, better face to face.. so, dia yakin tentang perasaan kau.."
"oo.. okay.. noted!"
"one more!"
"what?"
"make sure kau tak bagi tekanan kat dia.. jangan paksa dia bagi jawapan masa tu juga.. suruh dia fikir dulu.."
"kalau dia tak bagi jawapan?"
"tunggu sampai masa sesuai, seminggu ke, atau masa tu dah takde task nak buat baru kau tanya dia.. make sure dia betul-betul dah tenang dan rasa lapang.."
"okay! terima kasih bff!! terima kasih doktor cintaku!!" Syafiq terus berlalu pergi.

Aku tak tahulah sama ada aku ni ada bakat semulajadi sebagai doktor cinta atau pun aku berpandukan jalan hidup aku yang tak lama ni. Yang pasti, nasihat aku membuahkan hasil. Syafiq dan Syima berjaya bersatu menjadi pasangan kekasih. Bangga juga aku sedikit. Doktor Cinta tak bertauliah kan.




Bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: