Sunday, September 14, 2014

Jiran tetangga



Assalammualaikum,

duduk diam-diam dengan housemates sambil makan jemput-jemput (orang semenanjung cakap cekodok) sambil minum kopi terdengarlah bunyi-bunyi 'kedamaian' yang dihasilkan oleh jiran-jiran.. heheheh..  aku terus senyum sendiri dan teringat jiran masa duduk rumah sewa dekat penang dulu..

masa diploma hidup sebagai budak hotel yang kata orang tidak lari dari hidup yang sosial, aku dan kawan-kawan pun ambil keputusan untuk membuang diri kami dari asrama dan menyewa di Pangsapuri Idaman.. ya, rumah kami tingkat atas sekali.. dan tingkat atas tu hanya ada dua rumah saja yang berpenghuni di mana rumah yang kami sewa dan sekumpulan pelajar engineer uitm yang menyewa di hadapan rumah kami. 

mula-mula rasa awkward juga bila berjiran dengan lelaki ni, tapi.. peduli apa.. memang tak dinafikan kami ni jiran yang amat 'bersopan santun', menyanyi, main gitar, ketawa, tak kira siang, malam.. sampaikan pakcik tingkat bawah selalu datang ketuk pintu rumah suruh diam.. wakakakak.. jiran depan rumah aku tak tahulah.. agaknya sibuk main game kut..

nak dijadikan cerita, tiba-tiba tali gitar kawan aku ni terputus.. sebagai pemain gitar yang 'mahsyur', kami tak reti nak pasang tali gitar.. masa tu pun aku rasa malas nak minta tolong abang angkat aku buatkan.. datanglah keberanian, ketuk pintu depan rumah minta tolong.. sebab kami pernah dorang main gitar juga.. dan ya, berjaya.. mereka nak tolong, dan yang paling best.. sementara tunggu dorang buatkan gitar tu, dorang pinjamkan gitar mereka kat kami.. wakakakakaa.. cool gilaa..

sejak tu, hubungan berjiran kami jadi better lah.. tapi dengan jiran depan rumah ja lah.. selalu tukar-tukar makanan.. ha ha ha ha.. dan satu malam di mana geng karoke (aku, yana, dan kak mas) tak ada kat rumah, jiran depan rumah ketuk pintu ajak g karoke.. oleh kerana yang ada kat rumah tu kawan yang tak layan sangat karoke, dorang tolak.. ha ha ha haa.. wrong timer lah..

lepas kejadian malam tu, kami macam dah segan nak minta tolong.. ha ha ha ha.. btw, jiran depan rumah handsome-handsome belaka.. :p

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: