Tuesday, September 23, 2014

Hujung minggu yang produktif

Assalammualaikum,

barulah ada kesempatan mau update.. cerpen tu pun terbengkalai.. ni semua salah wifi.. ha ha ha ha.. sekarang aku kena tukar waktu buat assignment aku memandangkan di waktu siang line tak berapa nak okay.. tapi, aku memang selalu bangun awal pun.. so, there's no problem at all.. kihkihkih..

minggu lepas, habis ja kelas KPD aku terus berangkat ke KL.. tujuannya adalah berjumpa dan bermalam di rumah kawan yang bernama zayana Amyra (rumah dia memang selalu jadi mangsa bila kami ada aktiviti.. ha ha ha ha)

aku tidur sana sebab sabtu kami nak ke kuala selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan kak eyna..


haa.. cantik kan? heheheh.. dulu masa zaman diploma kak eyna ni kami panggil Diana Danielle.. sebab ada iras dengan DD lah.. hehehe.. sekarang dah jadi isteri orang dah dia.. aku sempat menyumbangkan lagu bertakhta di hati untuk pengantin ni.. hahahah.. gila neves I...

Lepas tu..
pada hari ahad aku, yana, bong, awin, dan jali memeriahkan lagi event kawan kami c afiy.. Batik sarong fun run.. yang lucunya,  boleh pula afiy eksiden masa malam sebelum event tu.. jap, lucu or kesian? whatever lah.. so, c awin ni serta merta jadi pengganti c afiy untuk mengedarkan baju-bajuan untuk event tu.. ha ha ha..

lepas lari, kitorang pergilah lawat afiy.. mula-mula datang nampak macam teruk gila sakit.. sekali lama-lama macam tak sakit pun ada.. ha ha ha ha..

"aku sakit kat dalam la..." katanya bila kami tegur..

ha ha ha ah... dah habis melantak lunch masakan mak afiy, kitorang pergi setia city mall tengok movie..

okay, kenapa gambar Minho aku letak.. sebab semua orang macam suka Minho.. hahahaha.. terutamanya awin.. hahahah.. cerita ni best.. tapi yang tak puas hatinya sampai last tak tahu apa motif Wicked buat macam tu.. geram juga.. tapi serius best.. memang asyik terkejut jugalah, tambah awin duduk sebelah aku..hahahaha

lepas tengok wayang, dorang hantar aku kat station.. dan makanya aku pun kembali ke tg.malim.. dah lama tak berkumpul sebenarnya.. he he he eh.. bersyukur sangat bila kawan-kawan diploma tak pernah lupa aku.. ceh..nak buat ayat tacing lak.. hahahahah



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: