Tuesday, September 16, 2014

Cinta monyetku



tadi masa dekat 7-E aku adalah beli komik ni, ya memang aku selalu habiskan duit aku beli komik dekat 7-E.. kalau tak lawak kampus, ada juga short story cartoon yang aku beli.. ha ha ha ha.. so, bila baca aku tiba-tiba teringat akan kisah cinta monyetku.. wah! siapa kata aku tak ada cinta monyet? cuma masalahnya, aku tak bercinta pun.. jadi stalker sejati ja.. and even until now, aku masih stalk dia.. wah! hahahahah

benda ni buat aku ketawa terbahak-bahak bila ingat balik, bayangkan aku yang pergi kacau dia.. haishh.. boleh kira nakal juga aku dulu.. mulanya, aku just kacau dia sebab kawan aku ni suruh aku panggil dia.. entahlah kenapa kawan aku suruh panggil dia, start dari situ aku memang selalu stalk/ kacau dia yang berada di kelas seberang..

pernah sekali tu dia pandang aku dari atas ke bawah banyak kali masa perhimpunan.. mungkin dia terkejut orang yang selalu kacau dia ni dah lah hitam, gemuk pula tu.. selekeh.. haahahaha.. memang lawak dulu masa sekolah.. rugged habis..

pastu, pernahlah aku tangkap dia tengah tenung aku dari kelas dia.. masa tu aku dah tak tahu, dia atau aku yang jadi stalker ni.. tapi kan, tapi kan, sejak dia tenung-tenung aku tu aku dah tak berani nak kacau dia.. kecut seyh! cair juga tengok muka dia ala-ala yusry tu.. masa tu tengah popular MV Terhangat di pasaran.. aku layan mv tu sebab dialah, yusry kat dalam tu memang serupa dia..

nak dijadikan cerita, dia sebenarnya muda setahun dari aku dan berkawan dengan budak nakal-nakal.. satu hari tu, aku dah lewat masuk kelas, geng dia memang selalu lepak dekar tangga yang aku lalu ke kelas,, geng dia memang suka kacau gadis-gadis yang lalu kat situ, masa tu aku sorang-sorang.. kecut juga.. aku ni ganas-ganas juga, tapi takut bila kena kacau oleh lelaki.. masa aku lalu, tiba-tiba dia cakap,

"ha.. ni jangan kacau..yang ni aku punya.."

kembang semangkuk aku masa tu.. boleh melayang aku cakap.. gila ehh.. tambah lagi rasa malu aku masa tu.. 

selalu masa sekolah aku dan kawan-kawan lepak dekat tepi longkang di mana berhadapan dengan tangga dia dan geng dia lepak juga.. masa tu lah kami berdua ambil peluang jeling-jeling sesama sendiri.. ha ha ha ha ha..

ada yang lagi melucukan bila aku bagi buku biodata warna pink.. ha ha ha ha.. hajat di hati nak suruh dia isi.. sekali bukan dia isi, dia pergi simpan buku tu.. kalau waktu rehat ja dia mesti akan pegang buku tu sengaja bagi aku tengok.. sampai sekarang dia tak pernah pulangkan.. haiiiyyaaa...

so, form 4 dan 5 aku dekat sekolah lain.. aku pun berhentilah jadi stalker dia.. bila lower 6 (yang aku sempat hanya seminggu) aku datang balik sekolah tu.. entah macam mana tiba-tiba kawan dia ni datang dekat aku cakap,

"eh, kau ni secret admire si z kan dulu? sebenarnya dia suruh aku tanya.. tu dia.. dia kirim salam.."

wahh.. kawan dia tu tunjuk dia yang sedang senyum sambil berdiri di hujung sana.. aku senyum ja la.. tak sangka dia masih ingat, walaupun perubahan pada aku tu ada.. yalah, masa tu aku dah putih tak berapa melepak... dah tahu jaga muka kan.. hahahah.. badan pun dah tak segemuk dulu..wakakakakaa.. dan dia..masih yusry macam dulu.. cuma kelihatan lebih matang..

sekarang.. cinta monyet tu tinggal macam tu ja tanpa kami berdua terus-terang.. hahaha.. baru-baru ni aku ada nampak gambar dia dekat fb, dan dia masih yusry aku..wah! kah kah kah...

p/s: ketawa sendiri sambil taip.. hahahahah

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: