Saturday, September 27, 2014

Bukan mudah



bukan mudah, menyusun langkah di angkasa~~ yeahhh!!

mood AF yang tak berapa sangat.. aku tak tengok pun AF musim lepas dan musim ni.. entahlah.. tapi lagu tu memang aku suka lagi.. baru-baru ni masa dengan kawan-kawan macam biasalah aku ditanya lagi soalan yang mencabar minda untuk menjawabnya.. HAHAH.. penat wei otak aku nak fikir sampai aku nak pengsan,, hahaha

kawan : wei ko macam mana sekarang? takda boyfriend lagi?

aku: biasalah wei.. lone ranger.. hahahaha..

kawan : kau tu yang memilih sangat.. mustahil orang macam kau takda yang nak..

aku : (gelak-gelak)

Bila dah duduk sorang-sorang tiba masa berfikir juga.. umur dah naik 24 tahun.. tengok orang lain manis ja bercinta, bertunang, berkahwin. aku? tumpang bahagia/ gembira ja.. bukan aku memilih, dan bukan juga masih stuck dengan cinta lama..tapi aku tak mudah terima lelaki dalam hidup aku.. memanglah, aku ni taklah hodoh sangat sampai takda yang nak kan.. tapi tu lah.. aku rasa macam lelaki-lelaki (banyak tu..konon! hahaha) yang nak kat aku tu taklah serius mana..

aku ni bukanlah gadis idaman malaya, agama pun tak cukup kuat lagi.. perangai lagilah haram! setan pun takut nak tengok.. mulut lagi puaka dari puaka niyang rapik.. hahahaha.. aku dah lah tak suka mesej/call 24/7.. tak suka jumpa/dating.. terlebih independent.. tak suka dikongkong.. tak suka gaduh.. tak pandai memujuk.. agak-agak ada yang sanggup tak? kadang aku terfikir juga mungkin lelaki tak suka perempuan terlalu independent yang selalu ke sana ke mari sendirian.. kah!kah!kah!

so, aku ni bukan memilih.. aku cuma kena pastikan lelaki tu boleh terima perangai aku yang pelik-pelik ni.. sedangkan abang aku boleh kata, "rugilah siapa jatuh cinta atau kahwin dengan dia ni.."

Ha ha ha ha ha..sebenarnya aku tak pandai pujuk orang sebab masa kecil kami semua adik-beradik dididik, SIAPA MERAJUK RUGI.. serius, kalau kami merajuk memang tiada yang pujuk.. sebab tu aku tak tahu nak bermulut  manis umpama menanam tebu dipinggir bibir.. hahahah.. oleh kerana itu, aku lebih banyak berdiam.. sebab aku tahu kadang aku tak boleh kontrol apa yang aku cakap..

jadi, janganlah dihairankan bila aku masih lagi lone ranger.. because doesn't mean i'm lonely when i'm alone.. hahahah.. 


p/s: jangan pandang belakang!




♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: