Thursday, September 11, 2014

beside me

selalunya, apabila kita bersedih dan ingin berkongsi semua perasaan yang kita rasai, pasti ada insan yang kita akan cari dan sudi mendengar semua cerita kita. tapi bila aku fikir-fikir kembali, aku tiada tempat untuk berkongsi tangisan. ya, memang aku selalu kongsi kesedihan. tapi bukan bermakna aku berkongsi tangisan aku. hmm.. entahlah.. bila aku tengok cerita bayangan gurauan ni, aku rasa macam lonely sangat. ceh! yalah, at least si Iddya ada Umar untuk tempat dia berkongsi tangisan.

bukannya apa, aku rasa aku terlalu malu kut untuk menangis di hadapan seseorang insan. ataupun aku masih belum jumpa orang yang mampu melayan tangisan aku ni. ceh! ha ha ha.. tapi aku tetap bersyukur sebab aku ada kawan-kawan yang sudi layan cerita-cerita bodoh aku.. at least, i'm not lonely at all kan..

sedih gila cerita bayangan gurauan ni.. hahahah.. aku selalu buat macam Iddya buat, walaupun sedih tetap tutup dengan ketawa. ha ha ha ha.. sampai sekarang, bukan mudah nak lupa kan. tapi hidup tetap diteruskan. Allah janjikan sesuatu yang pasti, sebab tu lah sampai sekarang aku tak terfikir lagi untuk mencari ganti, terfikir pun rasanya aku tak serius fikir. just follow the flow..

kadang ada yang tak faham kata aku memilih, bukan aku memilih. tapi hati aku tak tergerak lagi, selesa begini. mungkin orang yang ditunggu ada di hadapan mata, mungkin juga tidak. kita tak tahu kan.. so, selagi aku tiada alasan untuk itu, aku akan teruskan perancangan kehidupan aku. Inn Sha Allah manatau bertemu di sana nanti. kan? 

ha! aku baru perasan di mana aku ada tempat meluah yang sangat attractive! ha ha ha ha.. alahaicikkema kesayangan aku ni mana mau simpan.. kalau dia tiada, haa.. koyak aku satu orang memendam rasa.. hikhikhikhik.. aku tak terfikir iklankan blog ni sebab aku banyak cerita kisah peribadi di sini. 



aku tergelak-gelak baca ni tadi.. betul juga kan.. masa dolu muda-muda teringin sangat nak expose kisah cinta kat semua orang.. yalah, nak tunjuk ada boyfriend. ceh! sekali boyfriend entah ke mana. memalukan! hahahaha..

"janganlah dinanti pada yang telah pergi, hanya luka lama kan berdarah kembali"

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: