Wednesday, August 27, 2014

KalimahSyaitan


setiap kalimahnya membuat aku yakin dia mencintaiku lagi,
tapi tingkah lakunya amat berbeza sekali,
aku seolah-oleh tiada di dalam dunianya,
dan dia juga tiada di dalam duniaku.

ketika aku mengejar, 
dia berlari,
ketika aku berlari,
dia terusan mengejar.

aku belajar hidup tanpanya,
aku belajar hidup tanpa cintanya,
aku belajar hidup tanpa bersua dengannya,
tapi aku tidak belajar hidup tanpa mencintainya.

peluang kedua memedihkan,
apatah lagi peluang ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya..
mematahkan semangat,
melonglaikan minda.

kini aku hanya perlu berlari, berlari, dan berlari tanpa menoleh ke belakang,
berlari di tepian pantai,
agar dia tidak menjejaki ku,
kerana aku amat penat untuk berdiri menunduk seperti tunggul kayu..

p/s: puisi yang tiada kena mengena antara hidup dan mati.. hahahaha.. nah! terpulang kepada kamu untuk mentafsirkannya bagaimana.. tapi bagiku ini adalah di antara aku, dosa, dan masa silamku :)


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: