Monday, June 16, 2014

Teka teki

tatkala bibir menafikan kata hati
tatkala hati menolak rasional akal
tatkala rindu berubah menjadi api
tatkala cinta berubah menjadi hempedu.

yang hitam itu kataku dan yang putih itu katamu
dua jiwa yang tidak mungkin akan bersatu
kerana egonya di puncak gunung yang berdebu
debunya tidak dapat ditiup dengan angin sepoi bahasa.

di sebalik dinding itu tercalit seribu satu rahsia
siapa kita untuk menduganya?
siapa kita untuk meramalnya?
hak itu mengetahui itu tiada selain daripada bertanya.

aku dan kamu masih tiada beza
masih berada diawangan menjadi pengemis semesta alam untuk udara yang segar
berbeza bukan kerana kau tidak tercapai di alam semesta
tapi kerana aku yang jauh hanyut dilanda ombak lautan.

perasan itu tidak mudah untuk diterjemahkan
terkadang kematian kata dan gerak badan yang menjadi panduannya
tapi gambar itu selalu disalah tafsirkan
di antara lakonan, fantasi, dan realiti kehidupan
tiada siapa dapat menekanya

itulah hidup yang penuh dengan teka teki
jika tiada teka teki maka hilanglah serinya, 
hilanglah rasa gersangnya menanti sebuah pengakiran dalam jawapan,
dua tanda itu menjadi tanda kepada jasad tidak bernyawa,
orang tahu menilai namun yang di atas lagi tahu segalanya.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: