Tuesday, June 17, 2014

sedikit demi sedikit

iklan sebentar

sedikit demi sedikit,
mencuba untuk menyelama ke dasar,
mencari maknanya erti kehidupan yang diagungkan,
mengenal isinya permata, intan, dan juga kaca nista,
di pepasir yang kasar di tepi pantai itu.

aku cuba berlari, mengejar, melarikan diri daripada bayangan sendiri,
tapi aku terjelopok tersembam ke bumi dan menangisi,
aku cuba untuk berubah,
aku cuba untuk menterjemah,
aku cuba untuk menghayatinya.

aku nampak nun jauh di sana ketawa terbahak-bahak dengan keadaanku yang penuh dengan pepasir ini,
menceritakan perihal luar dan dalam kainku kepada kelompokmu,
kau puas melihat mereka memandang rendah padaku?
kau puas melihat mereka jugaberkata tentangku?
kau puas melihat mereka juga menghakimiku?

di sebalik kain berela terselindung pelbagai cerita,
di sebalik sebuah gambar terselindung pelbagai peristiiwa,
kau taksub dengan kesempurnaanmu,
taksub sehingga tidak mampu membantuku yang berpasir ini,
kau biarkan aku,
masih terbaring menahan sakit,
huh! siapakah dirimu sebenarnya?
malaikat?
atau berlagak menjadi Tuhan untuk menjatuhkan hukuman?

tapi..
aku biarkan kau bersama kelompokmu,
sebab kau tidak tahu,
aku jatuh, kotor, berpasir,
aku terjumpa permata yang bernilai,
yang dapat menyempurnakan aku,
yang bukan hanya menilai aku,
yang sedar betapa dia perlukan aku bagaimana aku perlukannya juga.

permata itu kadangkala perlu dicari,
kadangkala perlu diteliti,
kadangkla kita tak sedari,
kitalah permata itu..
jadi, jangan lari dari bayang,
kerana bayang itu seperti kenangan,
pilihanmu sama ada untuk menjadikan teladan atau bayangan kegelapan.




♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: