Monday, June 9, 2014

rasa mati dicari



kau pernah kata kepadaku, "jangan menjadi pemain cinta, nanti rasa cinta itu akan mati."
jadi, bagi aku si pemain cinta di luar sana pasti kematian rasa cintanya.

tapi kenapa rasa itu sudah lama tidak aku rasai?
aku bukan pemain cinta.
aku bukan pendusta cinta.
aku bukan pemangsa cinta.

aku mencari-cari rasa itu,
di seluruh lubuk, sisi, lorong, bahkan longkang itu.
tapi tiada ku temui.

aku lihat kalung yang bergerak mengikut denting.
kini aku faham bagaimana rasa cinta yang telah mati,
mebantutkan segala keinginan.
terlalu selesa menyendiri.

ceritaku bukan seduka cerita yang lain.
tapi aku mencuba untuk setabah yang lain dan terus mencari rasa itu.
agar aku dapat merasakan sekali lagi keindahan cinta itu.

cinta itu suci.
cuma, manusia yang mengotorkannya.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

1 comment:

aTieYusof Family said...

Cinta itu indah. sukar utk di tafsirkan. perasaan terindah anugerah Illahi..:)