Sunday, June 8, 2014

Quality vs Qualification


siapa buat benda yang sama?? sila lompat bintang.. hehehehe...

tidak dinafikan hampir kesemua pelajar yang belajar hanya untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan.. aku pun macam tu.. tapi sedarkah kita bahawa gred yang tinggi itu tidak ada gunanya kalau at the end kualiti dia tak ada?

baru-baru ni adalah aku chat dengan member yang amat terserlah kerisauannya apabila dia tidak berjaya mendapat dekan di setiap semester yang dilaluinya. dan dia kelihatan amat tertekan dan stress untuk memaksa dirinya belajar..

aku kata, "qualification without application is zero.."

maknanya, bila kau belajar untuk mendapatkan highest gred dalam exam tapi kau tak aplikasi dan kau tak dapat aplikasi lepas kau grad nanti tak ada gunanya juga.. macam aku, aku mengaku aku memang tak ada quality pun nak jadi cikgu pendidikan jasmani apatah lagi nak ajar orang bersukan.. kenapa? aku sendiri pun tak apply..

sebenarnya benda ni sama dengan bahasa inggeris.. perasan tak dari tadika sampai ke university kita belajar english? bukan sebab bodoh, kita tahu apa yang kita belajar tu sama ja dari dulu.. tapi kita tak apply.. bila kita tak apply, kita susah nak faham dan akan lupa.. am i right?

memang tak dinafikan qualification certificate tu penting.. tapi bila kena interview nanti, adakah interviewer tu akan tengok certificate kita semata?? tak kan.. tapi malangnya orang kita ni lebih melihat kepada certificate untuk menilai seseorang tu..

contohnya, wang hantaran.. 

"aa.. patutlah hantaran sikit.. SPM je pun.."

am i right?

jangan dipandang rendah kepada mereka yang bukan university graduate, kadang-kala mereka ni lebih memahami apa itu maksud kemanusiaan, kadang-kala mereka ni lebih pengalaman hidup, kadang-kala mereka ni lagi banyak skill.. dan kadang-kala mereka ni lebih tahu tanggungjawab mereka..

dan tak dinafikan juga sekarang ni iklan-iklan pekerjaan banyak meletakkan qualification standard kan.. yang tak ada qualification ini kenalah start dari bawah.. lumrah dah... cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini, tak ada gunanya kalau kita bertungkus lumus untuk exam bila kita tak dapat aplikasikan pada masa depan nanti..

p/s: aku bukan nak sedapkan hati aku, tapi ini realiti.. aku bangga pada mereka yang score dan mereka layak dan dapat apply.. ^_^


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: