Thursday, June 12, 2014

KITA

kau dan aku banyak bezanya,
aku mulut macam puaka,
kau mulut ular berbisa.

kau dan aku berbeza,
aku suka gelak ketawa,
kau suka membuat lawak jenaka.

kau dan aku berbeza,
aku suka menaip,
kau suka menulis.

kau dan aku berbeza,
aku suka menangis,
kau suka meminjamkan bahu.

kau dan aku berbeza,
aku suka menjadi jam loceng,
kau suka mendengar bunyi loceng.

kau dan aku berbeza,
aku suka menghabiskan sisa makanan,
kau suka memesan banyak makanan.

kau dan aku berbeza,
aku sukar untuk bercerita,
kau suka untuk bertanya.

kau dan aku berbeza,
aku tidak suka makan ketam,
kau suka ketam.

kau dan aku berbeza,
tapi perbezaan itu yang melengkapi.

p/s: tanpa mention okay..cuma idea

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: