Tuesday, June 10, 2014

awkward



saat kau rasa kau sudah cukup sedia dan sudah cukup jauh untuk lari dari segalanya, 
dan bila aku teringatkan masa itu,
tanpa kau sedari airmatamu sudah mengalir. 
bukan itu yang kau mahukan, 
tapi kau perlu untuk menghadapi kenyataan kerana segalanya sudah berubah mengikut masa..

masa itu umpama udarayang kita tidak sedar akan pergerakannya,
kadangkala udara itu sejuk, kadangkala ianya panas mengikut cuaca,
kadangkala ianya baik, tapi bila sudah tercemar ia menjadi racun di dalam diri.

kenangan itu umpama makanan,
sejauh manapun kita menolak tapi rasa lapar itu tetap ada dan keinginan untuk makan itu tetap ada,
jika kau lari dari makanan maka longlailah langkah, tercemarlah usus-usus oleh asid gastrik, kaburlah padangan dari khayalan.

kau harus sedar,
semakin kita lari, semakin ia mendekati,
dan semakin kita mendekati, semakin ia jauh dari pandangan,
kerana ianya sukar untuk kau gapai tapi senang untuk kau lambai.



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: