Saturday, May 10, 2014

think postively

 ha ha ha..
tak habis aku gelak baca ni dekat Sabahan Memes


mama kata, "hati-hati dengan sweet talker."
aku kata, baik mama.. i will.

aku dah ramai kenal sweet talker ni, dan alhamdulillah since aku memang dah dapat teka yang mereka ni sweet talker, aku terus menghalang diriku. 
ala mereka pun tak ada nafsu nak sweet2 dengan orang macam aku ni.
berkawan boleh, sebab lawak juga tengok mereka ni.
sana awek, sini awek. 
sampai bila?

mama kata, "hati-hati dengan suami orang."
aku kata, baik mama.. i will

macam yang aku cerita macam sebelum ni ex aku dah kahwin. alhamdulillah.
dan aku tak pernah cari dia lagi apatah menghubungi lagi.
dan begitu juga abang angkat aku. dia dah kahwin. alhamdulillah.
dan aku tak cari dia lagi sebab bagi aku tak sesuai dah kut nak mengangkat dia.
ha ha ha ha.
dan ada juga antara kawan lama (lelaki) yang dah kahwin, tapi aku kadang-kadang layan juga mesej mereka.
ya atas nama kawan. tapi...
kenapa mesti melebihi dasar kawan itu?
aku tak selesa bila dia sudah memanggilku dengan nama selain namaku,
mengajakku skyping and GAYUTing.
tapi jangan harap aku nak setuju. aku masih berdiri di dunia yang nyata
agak-agak relevan atau tidak suami orang macam tu?
kalau bersama isteri aku boleh terima, tapi ini bila isteri dia tiada di rumah.
serius aku takut nak kahwin!

mama kata, "hati-hati dengan lelaki peluki beras."
aku kata, "hah! kenapa?"
mama kata, "sebab kau kuat makan!"

okay ada fakta pasal aku dari sudut makanan. aku adalah tong sampah!
ya.. aku tak suka tengok makanan yang lebih. aku akan makan.
sebab tu aku selalu makan dalam besen, periuk nasi (kalau dekat rumahlah..) 
percayakah? ha ha ha ha

tapi semenjak aku start diet ni, untuk mengelakkan aku makan banyak, aku ambil makanan sikit.
he he he he. kompomlah aku habiskan.

1 lagi fakta,
aku tak boleh tengok makanan yang banyak dalam satu masa.
selera mati dan aku tak makan.
mama selalu marah bila aku tak banyak makan masa kenduri di rumah orang.

so, bakal suami!
please take note!
your future wife is food monster!
ha ha ha ha..
padan muka!

p/s: pasal suam orang tu aku tak mention nama sebab aku masih mau jaga hubungannya dengan isteri. tapi kalau dia baca ini, aku harap dia sedar yang aku sudah tidak selesa dengan perlakuannya.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: