Sunday, May 4, 2014

sesak nafas

Assalammualaikum.

hari ni adalah kehidupan aku yang terpaling membosankan.. kenapakah? 

beginilah untungnya aku yang tinggal di kawasan baru yang dinamakan proton city.. aku tak tahu line handphone apa yang okay kat sini.. grr.. aku punya num ni aku dah tukar kepada u-mobile yang pada asalnya adalah number celcom.. grr (sekali lagi).. berserah sajalah..

oh,ya.. aku sesak nafas lagi.. dah lama rasanya aku tak kena asma.. mungkin tak cukup rehat kut.. dan mungkin betul kata kawan aku ni sebab aku suka mandi malam.. ermmm.. aku dah lama tak cek kesihatan kan.. hehehe..

baru-baru ni aku ada oppointment dengan doktor gigi.. kan hari tu aku cabut gigi garham aku ni.. so, doktor suruh aku datang sekali lagi untuk tampal gigi pula.. haiyyaa... gigi, gigi. masa aku tunggu turn tu, adalah beberapa orang yang ada kat sana.. nampak wajah menggeletar ketakutan.. aku tanya kenapa? dorang kata nak cabut gigi.. aku senyum dan bagi semangat kat dorang bahawasanya cabut gigi ni tak sakit..

serius, memang tak sakit.. sakit masa bius dah hilang lah.. masa inject bius tu tak payah takut.. tak rasa pun sebenarnya.. aku ni sajalah bagi motivation sebab aku pernah rasa benda yang sama masa first time nak cabut gigi hari tu.. hahahah..

dan aku terfikir, klinik pergigian ni perlukan 1 kaunter untuk motivate orang yang takut doktor gigi ni.. hehehe.. why not kan?

sampai turn aku, doktor pergi cuci gigi aku.. dan buang semua flag.. serius aku cakap SAKIT!!! aku menangis gila.. hahahah... dengan ngilu dia.. aku rasa cuci gigi lagi sakit dari cabut.. hahaha.. sabo je lah! dan doktor tak jadi tampal then suruh aku datang sekali lagi.. hahah..nampak tak doktor nak dating ngan aku sebenarnya.. wakakakaka~~ gilo! main-main ja...

bosan sangat ni.. nak buat assignment pun tak da mood.. grr... okay..esok akan present pasal kit media.. wish us luck!!

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥