Sunday, May 11, 2014

selamat hari jadi bapa, mama!

hari ni besday bapa aku, dan 10 hari lagi (21 mei) adalah besday mama aku.. aku dah hantar ucapan semalam dekat bapa, dan tadi masa gambe sofbol aku sempat call bapa then nyanyi lagu besday beramai-ramai dengan kawan-kawan.

serius aku rasa nak nangis masa cakap dengan bapa, bahkan sekarang masa aku menaip entry ini aku sedang dibanjiri airmata. ops! roomate sampai, lap!lap!lap!

kenapa aku nak emo pula kan masa besday bapa ni..sepatutnya aku gembira saja. bapa aku sakit, walau tak teruk pada percakapannya tapi aku tahu bapa sakit. bapa tak pernah bagitahu dia sakit. mama yang bagitahu aku. bila cakap dengan bapa tadi dapat tahu yang doc salah diagnosis sakit dia dan salah bagi ubat.. tahu tak, ni dah 2x doc salah diagnos.. entahlah.. sekali masa 2011, doc cakap bapa takda harapan dah sebab buah pinggang dia dah rosak. bila rujuk doc family, rupanya buah pinggang bapa tak rosak lagi..

aku tak mampu ucapkan kata-kata sebab ego aku yang tinggi. bukan! sebab aku akan menangis.. so, aku rakam lagu 'Biar' nyanyian Fynn Jamal. sorry, suara aku memang ke laut dan aku memang tak pandai nyanyi lagu ni..




♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: