Tuesday, May 6, 2014

Duit dan Perempuan


semalam di dalam ketiadaan line umobile itu sempat juga aku berdebat dengan seorang kawan dalam kesoSIALan.. heheheeh... dia yang bagi isu dulu, then aku bagilah pendapat aku.. isu yang dia utarakan adalah,

'PEREMPUAN LEBIH MEMENTINGKAN DUIT DARI RASA CINTA'

haaaa... hebat tak isu kami.. hahahah.. and ya dia lelaki, dan aku perempuan.. let me simplify apa yang kami bahaskan semalam..

ya, memang tak aku nafikan ramai perempuan yang melihat kepada isi poket lelaki yang ingin dijadikan kekasih ataupun teman hidup... tapi tahukah anda lelaki-lelaki yang berada di luar sana, perempuan TERPAKSA tengok isi poket lelaki..

okay, kenapa?

pada dasarnya tangunggjawab untuk memberikan kelengkapan pada isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab lelaki.. am i right?? dan si perempuan kenalah tengok poket si lelaki untuk pastikan bahawa lelaki tu mampu tanggung dia dan anak-anak mereka kelak.. ya bukan untuk kesenangan, biar dalam kesederhanaan..

kawan aku cakap, "tapi itu tak menjanjikan kebahagiaan"

kalau hanya dengan membekala CINTA untuk mendirikan rumah tangga, perut tak kenyang, hidup terumbang-ambing, bahagiakah kalau begitu??

Money is not everything, but everything is money..

kau tak fikir pasal duit pun at the first place, duit akan masuk dalam fikiran kau juga.. yaa.. mungkin bila hidup berdua kau tak rasa lagi. tapi bila dah ada anak? dengan lampin, susu, baju dan semua kelengkapan, kau ingat murah? think for the future too..

dia cakap, "Allah akan berikan razeki kalau usaha, Inn Shaa Allah kalau tak kaya pun keluarga terjaga.."

sebenarnya, tak tengok pun lelaki yang kaya.. kalau dia ada usaha, ada pendapatan sendiri, sudah cukup.. biarlah bersederhana ddalam segalanya.. aku rasa dia tak faham maknanya perempuan lihat poket lelaki kerana sifat pisau cukur, dan perempuan yang lihat poket lelaki kerana sifat dia yang memikirkan masa depan anak-anak dia..

last what he said, "duit memang penting tapi janganlah ambil kesempatan pada hasil titik peluh orang lain."

sekali lagi aku cakap, lihat pada dasarnya.. tanggungjawab lelaki kan untuk memenuhi segala keperluan isteri dan anak.. so, takda salahnya jika mereka sudah berkahwin.. TETAPI! salah bagi mereka yang masih jadi pasangan kekasih, kecualilah kalau pasangan mereka tu memang merela kan.. heheh..

kesimpulannya,

perempuan ni bukanlah mata duitan untuk kesenangan diri semata, dia mereka lebih berfikiran lebih jauh ke depan.. bayangkan jika suami mereka tiada apa-apa? macam mana hidup anak-anak mereka..

aku sendiri pun, aku melihat juga sama ada lelaki tu mampu nak bagi anak-anak kami nanti kelengkapan.. sebab tu aku tetap nak berkeras untuk kerja, at least aku boleh penuhi kelengkapan aku dan serba sedikit boleh tolong suami aku nanti.. bukan kaya yang kami cari..

pasal guna duit lelaki tu,

dalam dunia ni cukuplah abang angkat aku seorang tu keluar duit untuk aku sepanjang aku diploma dulu.. aku taknak termakan budi dengan mana-mana lelaki lagi.. aku dari dulu tak suka lelaki belanja aku, aku lagi suka keluarkan duit sama-sama.. tapi masalahnya abang angkat aku ni tarik muka bila aku nak bayar.. haishh.. so, bila dah kat sini, aku takkan benarkan mana-mana lelaki belanja aku kecuali dengan kerelaan beliau.. haahaha..sebenarnya, sebab tu lah aku jarang keluar berdua dengan lelaki.. ngee~

well, mama.. sekarang aku lagi tahu apa maksud mama pasal luki beras tu.. he he he he


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: