Saturday, May 24, 2014

Day 24- A letter to your parents

Assalammualaikum,

mama.. bapa...
terima kasih aku ucapkan sebab telah membawa aku ke dunia ini.. telah mengajar aku erti kehidupan.. telah mendidik aku menjadi sebaik-baik insan di dunia ini.. telah memberikan kesenangan dan keperluan yang mencukupi.. menjadi kawan, menjadi penghibur, menjadi penasihat di kala aku suka dan duka..

mama, bapa..
tiada apa dapat aku gambarkan bagaimana kamu bersabar dengan aku.. aku tahu aku nakal.. banyak menyusahkan.. bahkan dari kecil lagi aku banyak melakukan kesalahan.. aku tidak berdendam apabila bapa memukulku, dan mama meleteriku.. semua itu bersebab.. kamu tidak pernah melakukan itu jika aku tidak melakukan salah..

mama, bapa...
tidak dinafikan semasa aku kecil aku sangat gerun kepada bapa.. biasalah seorang bapa memang tegas.. aku juga terpaksa menjaga tingkah laku ku di sekolah kerana mama mengajar di sekolah yang sama.. tapi sedikit sebanyak itu semua membantuku untuk menjadi lebih berdisplin dalam hidup.. bila sudah dewasa aku sangat gembira.. bapa dan mama menjadi bestfriend kepada kami adik-beradik.. kita mesra.. aku sayangkan KITA..

mama, bapa..
berjauhan dengan kamu berdua banyak mengajarku erti merindui.. pejam celik sudah hampir 6 tahun aku berada di negeri orang demi menuntut ilmu, dan membawa harapan kamu.. aku mencuba sebaik mungkin.. aku minta maaf bapa, aku telah mendekatkanmu dengan api di sana melalui perlakuanku.. aku berharap Allah kabulkan doaku setiap hari..

mama, bapa..
aku minta maaf sebab tidak selalu menghubungi kamu selama aku di sini.. bukan sebab aku sibuk, atau melupai kamu berdua.. sumpah! tidak pernah sesaat pun aku lupakan mama dan bapa.. tapi, aku takut airmataku berderai apabila bercakap dengan kamu.. macam yang mama dan  bapa tahu, aku ni cengeng kan.. aku tak mahu tambah kerisauan kamu, tambah kerinduan kamu kepada diriku apabila kedengaran suaraku yang menahan tangis apabila bercakap dengan kamu..

mama, bapa..
akhir sekali.. terima kasih.. maafkan segalanya.. aku sayang mama dan bapa melebihi segala-galanya...

p/s: memang aku menggunakan 'aku' dengan parent aku.. ni cara orang sabah!

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: