Tuesday, May 13, 2014

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

kau,
aku minta maaf atas segalanya,
halalkan makan minum dan segalanya,
maafkan aku sebab tak pernah cuba untuk menjadi seseorang yang mengikuti telunjukmu,
tak pernah menjadi seorang yang selalu menghubungimu,
tak pernah menjadi seseorang yang mengambil berat kepada kau,
dan aku tak pernah menjadi seorang yang sabar dengan karenahmu

kau,
aku tidak salahkan kau semua yang terjadi,
there's so many reasons behind that,
aku bukan terbaik untuk kau dan kau juga bukan terbaik untuk aku,
Allah lagi tahu segalanya.

kau,
kau nampak macam aku sangat kecewa atas berita perkahwinan yang kau sampaikan sendiri pada aku,
kau ingat kaulah orang yang menyampaikannya kepadaku padahal aku sudah tahu awal dari itu,
aku sudah tahu perancangan itu sebelum kau meminta untuk menamatkan hubungan kita.
lucu kan?
sebenarnya aku sudah bersedia lebih awal dengan berita yang bakal kau sampaikan,
sebenarnya aku taklah kecewa sebanyak itu sebab hubungan kita belum pun sempat memberi kesan kepada aku.

tapi kau tahu apa yang aku marah dan kesalkan?
kau bagi harapan pada bapa dan mama aku sama seperti bekas kekasih kau lakukan kepada kau dulu,
kau jumpa mereka, kau datang berkunjung di rumah, apa makna semua itu?
ya.. memang ada kawan aku cakap it's not a big deal..
tapi bagi perempuan macam aku yang tak pernah bawa pulang mana-mana lelaki ke rumah untuk diperkenalkan kepada bapa dan mama aku memang sangat besar impaknya!

kau tau mama,
mama paling banyak berharap,
mama paling banyak call aku sama ada aku okay atau tidak,
aku okay, yang aku risaukan dia,
thank God mama aku seorang yang profesional,
dia still layan kau dengan baik macam sebelum ini.

kau,
it's been 2 years sejak kau kahwin kan?
jadilah suami dan bapa yang baik untuk isteri dan anak-anak kau..


kau,
mama cakap isteri kau baik sangat, dan sangat baik.. bila dibandingkan dengan aku bagai langit dan bumi. dan masa pertama kali aku nampak dia hati aku terus berkata, "no wonderlah kau pilih dia instead aku"..
aku harap kau jaga isteri kau baik-baik, stop playing around.. aku tahu kau dah stop pun kan..

kau,
aku selalu mendoakan kebahagiaanmu,
tak pernah terlintas di hati ini untuk meruntuhkan kebahagiaanmu dan merampas kau dari isteri kau,
sebab macam aku cakap sebelum ni,
rasa cinta aku pada kau masih tidak cukup membuatkan aku kecewa terlalu lama,
kau cuma lelaki yang singgah mengisi kekosongan di hati di kala aku cuba untuk berlari dari orang lain,
maaf, tapi ini memang kebenarannya.
Allah dah balas semuanya pada aku.. hehehe.. padan dengan muka aku.

akhir kata dari aku,

kau lepaskanlah aku untuk mencari kebahagiaan aku bagaimana aku lepaskan kau untuk kecap kebahagiaan kau..

Assalammualaikum..

p/s: aku tak harap pun dia baca surat ni.. HAHAHA.. saja-saja ja buat..



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: