Tuesday, May 6, 2014

being rejected


bila aku nampak gambar ni serius aku terimbas balik when i was being rejected from something good.. 

bermula dari aku lepas PMR, aku memang nak masuk ambil aliran science stream atau perdagangan.. sebab memang minat aku kat situ.. di sekolah lama aku dapat offer science stream, tapi aku terpaksa dipindahkan di sebuah sekolah baru untuk memnuhi jumlah kuota murid di situ.. aku terpaksa melupakan aliran yang aku minati sebab di sekolah baru cuma ada aliran sastera saja..


memang masa form 4 tu aku sangat depressed dan mogok tak mahu study.. tapi aku sedar, silap aku mogok macam tu.. aku sedar bila hari penyampaian anugerah aku nampak bapa duduk di belakang.. mungkin kecewa anaknya tidak mendapat tempat teratas.. aku sedar aku kena tukar cara, aku nak buktikan walau di mana aku berada aku boleh cemerlang.. so, dipendekkan cerita Alhamdulillah SPM aku antara best student.. :)

oleh kerana cita-cita menjadi cikgu mendalam aku pun memohon masuk maktab.. dan sekali lagi i was REJECTED! aku tak dapat masuk walaupun result aku best.. tapi tak apa, aku dapat tawaran diploma in hotel management di uitm..

uitm penang..

di mana bermulanya hidup aku sebagai pelajar universiti, mempunyai pengalaman yang tidak dimiliki oleh orang lain.. yang menjadikan aku manusia yang mempunyai kesedaran.. aku kata life sebagai student diploma dan degree sangat berbeza.. serius! SANGAT BERBEZA!

and at last,

here i am.. UPSI.. kembali kepada cita-cita aku yang dulu.. walaupun perjalanan aku jauh dari kawan-kawan yang lain.. tapi aku bersyukur kerana perjalanan inilah aku dapat menimba banyak pengalaman dan kenal bermacam-macam orang.. he he he he.. dan aku dapat mencari diri aku sendiri..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: