Saturday, May 10, 2014

antara aku, bayang-bayang, dan realiti

aku..
menyaksikan jemariku menari.

aku,
menyaksikan airmataku mengalir.

aku, 
menyaksikan penipuan yang terjadi.

dan aku,
menyendiri menelusuri jalan ini.

kau,
di mana kau berada kini?

kau,
adakah kau masih mengeti bahawa akulah yang paling mencintai,
yang paling menyanjungi,
yang paling menghargai.

kau,
berlari, mencari, pergi, dari sisi!
kau,
datang, menangisi, menghantui, merayu untuk aku kembali!

tapi..
semua sudah terlambat..
aku sudah tiada rasa itu..
rasa yang hangat bagai mentari,
yang sejuk bagai gerimis,
yang indah bagai mentari..
aku sudah belajar untuk menyendiri,
sendiri tanpa kau di sisi.

sedarlah kau, kini aku tidak mampu kembali,
kerana hati keringku sudah tidak mampu berdarah lagi.


okay, puisi yang tak berapa puitis itu aku tulis dengan serta merta sambil mendengar lagu ini.. harap kau mengerti, ini bukan cerita kekasih tapi realiti dendam yang terjadi!

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: