Sunday, April 6, 2014

Wechat dan kesoSIALan yang lain



Assalammualaikum dan selamat menunaikan solat maghrib.

lama tak bercanda di sini.. arghh.. rindu sangat dekat peneman setiaku ini.. hehehe.. terima kasih wahai blog ku yang tersayang.. sehari tanpamu bagai bertahun lamanya.. uweeekk!! hahahaha

oh ya! btw, aku sekarang tengah sibuk, kononlah sibuk jadi volunteer untuk MASUM.. aku jaga rugby.. terus terang aku cakap, gila wei jaga rugbi.. nampak orang injured depan mata.. hahah.. paling tak senonohnya, nampak orang tukar baju.. oh, tidak! HAHAHAHA..

btw,
aku nak cerita pasal wechat dan kesoSIALan yang seangkatan dengannya... aku ni bukan senang nak approve orang punya greetings kat wechat UNLESS kalau aku dah betul-betul bosan. kebanyakan dalam list friend aku ni family n close friends jak.. tak sampai 10 kerat yang aku tak kenal..

kawan-kawan aku cakap aku jual mahal. tapi berdasarkan penglihatan aku yang rabun tahap 250 degree ni.. aku tak percaya orang-orang yang aku kenal di alam kesosialan ni.. maaflah.. tapi ini kebenaran.. bukan jual mahal. tapi berhati-hati.. well, aku ni suka make a friendship, tapi bukan serious relationship. JUJUR!! memang aku dah cakap awal-awal pada mereka yang aku tak kenal tu..

so, bila yang try approach even baru sejam dua chatting aku akan block terus dari list aku.. for me, mereka ni macam desperate sangat nak cari gf.. main redah ja siapa ada depan mata.. yalah, kalau difikirkan dengan akal yang sihat, takkanlah boleh nak jatuh cinta dengan aku ni hanya dalam chat selama tempoh masa yang pendek.. kalau aku ni cantik macam siti nurhaliza, emma maembong ka tak apalah.. tapi ini cik kema tau!! haiyyaaa...

satu lagi aku tak suka bila dah start ajak keluar.. lepas tu keluar berdua pula tu.. aku bukan bajet baik baii.. tapi aku ni bukan jenis yang senang kau nak angkut sana sini... itu akan buat aku block sampai mampus.. HAHAH.. jahat gila..dah cakap baik-baik.. tapi tak faham.. macam mana? pening tau? nak keluar dengan kawan-kawan pun susah apatah lagi dengan orang yang tak dikenali.. ayat paling best tau apa? "saya nak keluar dengan awak, bukan dengan kawan awak.." eii.. tolong sikit (suara sengau)!

mesti ada yang cakap, "dah kau tak suka kenapa kau layan?"

macam aku cakap tadi.. aku just nak berkawan.. tak adalah sampai nak cari bf dalam wechat.. bila tiada yang sanggup dengar dan nak bercerita dengan aku, aku akan approve orang-orang ni..hohohoho~~~

lagi aku nak ingatkan,



aku bukan jual mahal, tapi berhati-hati..

aku bukan perempuan yang senang diangkut ke sana-sini..

aku ni taklah peramah macam dalam wechat dan kesoSIALan yang lain..

aku ni tak desperate sangat nak cari bf..

aku ni taklah baik sangat, jahat.. tapi berpadah-padahlah..

gambar profile wechat aku tu memang agak cun, la.. siapa nak letak gambar tak cun kan?

dan gambar di atas tiada kena mengena dengan apa yang aku nak luahkan.. HAHAHAH..

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

2 comments:

dhiya hana said...

Sia stuju itu..perlu sntiasa brhati2..tgan seja berbalut ka kaki nda,? Hehhehe

Akma Dk said...

hahahaha..jan ko menyumpah baa...