Wednesday, April 23, 2014

terkial. tak. terkata

bapa dan mama,
hantar aku belajar,
belajar mengaji,
ke san-sini,
bersilih ganti,
supaya yang salah diperbaiki,
yang betul ditngkatkan lagi,
tapi aku,
leka dan lupa diri,
sudah mencapai ilmu di universiti,
al-quran ku biar sendiri,
semasa aku menonton tv,
aku terdengar laungan suci,
aku berfikir sendiri,
sudah lama aku tak mengaji,
mama, di manakah al-quranku di sini?
mama menunjuk di atas almari,
ku capai dan membuka,
al-quran itu kini tidak dapat ku baca lagi,
aku perlu mula!
aku tak mahu apa yang aku pelajari sia-sia!
khatam sudah beberapa kali,
tapi hukum-hakamnya sudah ku lupai,
sucikan jiwa dengan membaca dan memahami kitab suci,
aku beli yang baru beserta terjemahan,
tapi aku capai hanya buku cerita dan novel cinta,
Ya Allah,
ku buka sekali lagi,
aku perlukan bantuan kembali,
untuk memahami apa yang aku pernah pelajari,
lidahku terkial tak terkata,tergulut berpusing,melafazkan kalimah sucinya..
Astaghfirullahalazimm.
bukan salah bapa atau bapa,
bukan salah abang atau kakak,
tapi salahku yang sengaja melupakan, terlalai, tak terhingga.

Ya Allah, bantulah aku semula

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: