Wednesday, April 30, 2014

terima kasih kau!


jiwa aku kosong kerana kau yang kosongkan,
rasa aku kosong kerana kau yang kosongkan,
hati aku kosong kerana kau yang kosongnya,
fikiran aku kosong kerana aku sengaja kosongkan.

KAU!

terkejut?

hahahaha.. 

kau datang bersama jiwa,
kau datang bersama rasa,
kau datang bersama hati,
membuatkan fikiranku terisi kembali.

KAU!

terkejut lagi?

hahahahaha

datang bersama harapan,
datang menghulurkan sebuah mimpi,
yang kau sendiri tidak pasti.

terima kasih kau yang bernama diriku,
sebelah jiwamu melengkapkan jiwaku,
separuh rasamu melengkapakan rasaku,
sebelah hatimu melengkapkan hatiku,
dan harapan mimpimu menyemarakkan semangatku.

terima kasih!


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: