Monday, April 28, 2014

senyum terpaksa

setelah jelas terbukti, sesuatu yang terlarang menjadi teman hidupmu.. selain aku... - Putus terpaksa by Ziana zain


okay, sila nyanyi sambil angkat-angkat kening.. geram tak pernah perfect nyanyi lagu ni..hahahahah

monday blues yang sangat blues..

aku ingat nak bangun pukul 5 nak prepare untuk mid term bantu mula hari ni.. tapi apakan daya bila aku tak perasan jam aku berbunyi.. tapi jam 6.30 secara automatiknya aku terbangun.. argghh.. ngantuk.. capai phone buat morning call.. dah macam operator hotel pula rasanya.. HAHAHAHA..

sebenarnynya aku rasa nak marah gila semalam.. kenapa? biarlah aku sendiri yang tahu.. grr... macam disia-siakan, tak dihargai, segala macam perasaan ada.. dalam kebusyan tersebut, tiba-tiba kolej buat fire drill.. ikutkan hati dan jiwa memang aku taknak turun.. tapi demi menghargai segala penat lelah MMK, aku turun jugak walaupun memang aku merepek melafazkan kemarahan.. serius! maaflah pada mereka yang aku dah tersindir, mulut aku memang puaka terutamanya waktu-waktu macam ni..


kalau nak diikutkan mood aku memang muka ni aku bagi di awal pagi.. tapi apabila mengenangkan oleh prof syah kembali, mulakan minggu ada di hari pertama dengan senyuman.. ya itu satu motivasi! dan..




 here i am!! hahahaha.. senyum jugalah walaupun terpaksa kan.. walaupun mata sepet yang bertambah sepet.. okay, mata aku memang ada eyebag.. so jangan tanya mengapa..sejak diploma akan ada yang cakap mata aku tak cantik.. hahaha.. adoii.. makan dalam..kalau nak cakap pasal hidung lagilah.. aku rasa kelebihan aku pada kulit ja.. bersyukurlah.. hahahah..walaupun bila balik sabah akulah yang paling hangus terbakar di kalangan family aku..

hahah..

mama sampai emo bila tengok anak perempuan dia hangus.. seminggu aku dikenakan perintah berkurung.. hahahah.. adoii... tapi memang recover lepas seminggu..kah!kah!kah! kulit akan menjadi macam ular.. menggelupas.. anyway, aku tak pakai produk pengelupasan.. memang kulit aku macam ni.. berganti.. ahaks!

okaylah..

wish me luck for my midterm ya hari ni..walaupun memang tak prepare apa.. T_T

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: