Wednesday, April 30, 2014

Rambut

Assalammualaikum~~~~


airmata pun jatuh tak tertahan melihatmu 'terdiam' - Saat kau pergi by BCL

aku tak post benda sedih keciwa macam lirik lagu di atas.. tapi pada masa ini, aku menggondam balik facebook aku dan aku ternampak album 'video' di situ.. dan aku pun menekan salah satu video yang telah aku privatekan sendiri semenjak aku sudah berhijrah ini..

video itu adalah rakaman aku menyanyikan lagu di atas bersama Mr.black ku.. apa yang aku perasan, rambut aku.. ya.. rambut aku.. macam biasa, tak pernah panjang.. hehehehe.. entahlah.. mama dan bapa suruh aku bela rambut, tapi aku tak boleh lah.. sebab dah terbiasa dari kecil lagi..

aku rasa rambut aku paling panjang tang bahu ja kut.. hahahah.. pastu memang confirm aku akan gunting.. pastu, abang aku bising lah tu.. semenjak masuk uitm dulu, aku dah tak pernah potong rambut aku gaya boyish.. tapi still pendek jugalah... abang aku tak bagi pendek sangat.. sebab muka aku dah macam muka dia.. hahahaha...

dan bila aku tengok balik gambar-gambar aku masa zaman itu, ya! no wonderlah ada yang cakap aku chinese lah, filipin lah, yang paling menyedihkan non-muslim.. T_T rasa macam mau nangis ja macam tu.. hahahahah


bila dah pakai tudung dorang cakap aku ni mualaf pula.. hahah.. okay, gambar di atas adalah gambar original tanpa bantuan sebarang software photoshop dan seangkatan dengannya, cuma ada bantuan cahaya matahari sahaja.. hahahha.. masa ni memang putih melepak...sebab tu suka pakai color merah!

sekarang dah tanned, dah reti cakap semenanjung, mereka dah tak percaya aku orang sabah sehinggalah aku cakap sabah yang sepatah haram mereka tak boleh nak faham.. hahahaha..

ada yang bertanya kenapa aku ambil keputusan untuk berhijrah? (macam retis pula kena tanya kan..wakakakka..)

aku - adakah anda percaya jika aku katakan sebab aku terpengaruh dengan siries Nur Kasih?

hahahah... bukan sebab utama lah.. ada sebab lain yang tak perlu aku cerita tapi dah cukup menggerunkan aku sehingga aku mengambil keputusan anjakan paradigma ini.. pada mulanya susah menyesuaikan diri, tapi alhamdulillah lama-lama okay.. berkat doa mama, bapa, dan adik beradik aku kan..

pastu mama terjumpa baju-baju aku pada zaman jahiliah dulu yang telah ku letakkan di dalam sebuah kotak..

mama: ermm, dah pakai tudung kan? tak sesuai dah pakai baju-baju ni..

tau mama buat apa dengan baju-baju tu? dia gunting, buat kain lap.. hahahah.. dia kata tak guna sedekah dekat orang baju yang jenis terseksa dan tak cukup kain ni.. wakakakakaaa... geleng-geleng kepala sambil merelakan...



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: