Wednesday, April 9, 2014

Kesakitan


P.A.I.N

Assalammualaikum and hello world!

aku tak tahu nak tulis apa. tapi aku rasa nak menaip. so, aku beleklah quote yang aku share dalam facebook. aku memang suka baca quotes ni.. bagi semangat. then aku jumpa gambar di atas. HAHAH

betul! kesakitan mengubah aku, totally. 

dari tak peranoid sampai paranoid,
dari tak fobia sampai fobia,
dari tak matang sampai matang,
dari ceria sampai berpura-pura ceria,
dari percaya sampai tak percaya lansung!

bukan salah sesiapa, tapi salah aku. aku mengambil cara mudah untuk berubah supaya aku lebih berhati-hati dan tidak terjebak dari benda-benda yang tak munasabah!

ada yang cakap aku sombong, kurang bercakap, tapi percayalah aku buat semua itu kerana ingin berhati-hati. tanyalah diri sendiri siapa pernah rasa kesakitan seperti aku? 

sakit diperbodohkan.
sakit dipermainkan.
sakit diperdayakan.

memang bila difikirkan semula ada baiknya. ada hikmahnya. Allah dah merancangkan sebaik mungkin. 

kenapa aku selalu membusykan diri. selalu baca buku indie, menyendiri dalam bilik. sebab aku taknak ingat semua kesakitan yang aku rasai. aku memang sengaja buat diri aku busy. ingat senangkah mau move on? cakap guna mulut memang senang, nak langsaikan tu yang susah.

aku masih menangis setiap malam sebelum tidur.
kadang-kadang kalau aku sedang sembahyang pun aku boleh menangis.
bahkan dalam toilet pun aku boleh menangis.

sebab tu aku suka buat kerja sambil-sambil. bila aku tertumpu kepada 1 keja sahaja, fikiran aku akan melayang. aku bukan menangis bersahaja kerana lelaki, aku menangis atas kesilapan aku, kebodohan aku, kenaifan aku sehingga aku senang diperbodohkan, dipergunakan.

Ya Allah, berikan aku seseorang yang boleh menghulurkan tangannya untuk membantu aku, bukan untuk mempergunakan aku. T_T

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

2 comments:

Liza Licha said...

all the best ye :) sabar je lah ngadap orang-orang lain di dunia ni..

Liza Licha said...

all the best ye :) sabar je lah ngadap orang-orang lain di dunia ni..