Sunday, April 20, 2014

Kenapa?


"kenapa kau still stay single sedangkan orang yang pernah kau sayang dah move on?"

hehehehe.. 

aku kerap ditanya soalan itu.. bukan tak mahu move on.. tapi aku ada sifat ke'paranoid'an..

aku tak tahulah sama ada aku dah fobia atau cerita orang yang dekat dengan aku membuatkan sikap paranoid aku terhadap lelaki terlalu tinggi. aku tak berani nak buka hati lagi. takut untuk ambil risiko dilukai lagi. bahkan lagi selesa hidup sendiri macam ni. hahaha..

siapalah yang tak mahu ada special partner kan.. lagi-lagi dalam umur aku yang semakin meningkat ni.. mestilah timbul perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan yang ada tempat nak share semua benda.. opss! semua? don't! hehhehehe..

aku bukanlah paranoid sampai taknak berkawan dengan lelaki.. aku still make friends dengan kaum adam ni.. bahkan kebanyakan kawan-kawan aku ni terdiri daripada kaum adam sebab bagi aku dorang ni taklah sensitif sangat.. cakaplah apa pun.. hehe.. kan mulut aku ni jenis puaka juga.. perangai pun puaka juga.. wakakakaka..

tapi setiap kali aku berkenalan dengan kaum adam ni, aku akan kunci hati aku rapat-rapat dan akan ingatkan diri aku, 

"okay buyay! kau tak boleh jatuh cinta dengan mereka, dan jangan sesekali ada perasaan suka.. faham!" 

aku selalu ingatkan diri aku tentang perkara itu.. sehinggakan ada kawan-kawan yang cakap sebenarnya lelaki try nak ayat aku, tapi give up sebab aku anggap mereka not more than a friends.. aku tak bagi apa-apa reaksi.. hahaha.. lawak kan? tapi aku layan ja as a friend la..

aku tahu dalam setandan pisang, bukan semuanya buruk kan?

aku tahu realiti itu.. tapi entah macam mana aku dah tanam dalam diri aku yang lelaki ni bila mereka nak try ayat perempuan mereka ada 'mission' di sebalik semua tu.. there's something that they want.. hahahah.. inilah bahana dibanjiri dengan cerita-cerita sang lelaki.. yalah.. aku kan banyak kawan lelaki.. so, dorang adalah cerita kat aku what actually they want from girls.. (siapa faham tu, fahamlah.. kalau tak faham tu.. buat-buat tak faham.. hahahah)

so, rasa paranoid itu menjadi lebih tinggi dari segalanya.. dan ianya mengalahkan keinginan aku untuk mempunyai teman istimewa yang dipanggil steady boyfriend.. hahahaha..

aku harap sangat dalam setandan pisang tu, akan ada pisang yang hulurkan tangan dia dan bawa aku keluar dari perasaan paranoid aku ni.. yang membuktikan bukan semua pisang tu buruk dan tak boleh pakai.. heheh..


bila aku dah ada boyfriend maknanya aku dah nak kahwin~ Cik Kema, 2014 :)


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: