Saturday, April 19, 2014

Jawatan Gila dan Kuasa

Assalammualaikum eberibodi!!heheheh

lewat sangat aku nak update belog.. ermmm.. baru balik dari game netball.. syukur alhamdulillah dapat masuk separuh akhir esok.. hahahah..bangga walaupun aku hanya reserve.. ngee!!

btw,
dolu-dolu masa time diploma kitorang selalu bergurau pasal jawatangilakuasa ni.. hahah.. sebab seorang classmate tu banyak gila jawatan dia pegang.. kami pun dok main-mainkan dialah.. hehehehe..

aku suka bab-bab management ni.. sebab aku boleh busykan diri aku dari memikirkan benda yang tak sepatutnya.. hahahaha.. tapi semangat tu ada masa zaman diploma dululah.. bukan nak kata sekarang tak ada semnagat nak pegang jawatan ni.. tapi, ada kekangan.

oh, ya! baru-baru ni permohonan nak jadi Majlis Mahasiswa Kolej dah buka. dan ya, aku diberi borang untuk memohon jawatan tersebut sebanyak 2x.. 2x tu.. hahaha.. dan yes! aku tak isi pun.. borang tu masih bersih terletak di dalam file aku..

ramai yang tanya juga kenapa tak isi? okay.. biar aku bagi alasannya yang bagi aku di tangga paling teratas sekali.

my family,

aku ni duduk jauh.. sabah, balik pun masa cuti semester sahaja.. aku tak sanggup korbankan masa aku bersama family semata-mata nak pegang jawatan. ya! aku tak sanggup. dahlah family aku ni sekerat ja, susah nak kumpul. abang-abang dan kakak aku semangat bukan main kalau aku dan adik aku nak balik cuti.. 

bagi aku tiada apa yang dapat mengatasi segalanya selain daripada kepentingan keluarga aku.. aku dengan adik aku ja yang belum kahwin dalam family, pastu dua-dua study jauh, agak-agak bila masa aku nak jaga mama dan bapa aku? bila masa aku nak manjakan mereka?walaupun aku suka gaduh-gaduh manja dengan bapa aku, tapi aku tetap nak habiskan masa dengan dia..

kita tak tahu ajal tu datang bila.
mungkin aku akan pergi dulu.. mungkin ada yang tak faham keadaan aku macam mana.. aku dah 7 tahun duduk negeri orang.. balik kampung pun sekejap-sekejap.. dalam tempoh itulah aku nak berkhidmat untuk mama dan bapa aku.. masak untuk dorang, basuh baju dorang, tengok tv dan beriadah dengan dorang.. boleh faham tak macam mana keadaan aku? kalaulah aku memegang jawatan lagi, yang belum tentu dapat tu. adakah lagi masa aku dengan mereka? 

cakap memanglah senang, cuba korang berdiri di tempat aku.. macam mana aku rasa.. aku belum dapat bagi mama dan bapa aku duit.. tapi at least, biar aku fikirkan tentang mereka pula.. bagi aku peluang bersama mereka..

hahaha.. macam emo pula kan post ni.. tapi betul! keutamaan bagi aku adalah family aku. bahkan, sambung study ni pun atas permintaan mereka.. nak ikutkan hati memang dah nak kerja.. hehehehe..

aku harap sangat mereka faham situasi aku.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: