Thursday, April 24, 2014

gadis hukuman orang


ketika gadis itu berjalan,
dia selalu tertunduk,
dia selalu tidak tersenyum,
dia selalu tidak mengendahkan,
kau tidak tahu apa di hatinya bukan?

ketika gadis itu naik bas,
tepi tingkap tempatnya,
merenung mengenang kesilapan dirinya,
merindui keluarga yang jauh darinya,
kau tidak tahu apa di hatinya bukan?

ketika gadis itu sendirian,
novel selalu menemaninya,
keyboard selalu menjadi mangsanya,
blog selalu menjadi tempah aduannya,
kau tidak tahu apa di hatinya bukan?

ketika gadis itu bermain muzik,
dia memainkan lagu kesedihan, kegembiraan,
mencuba untuk melupakan,
mencuba untuk berjalan,
tapi dia tetap tersungkur jatuh,
kau tidaj tahu apa di hatinya bukan?

ketika gadis itu sedang mahu tidur,
air matanya deras mengalir di pipi,
cuba ditahan sebaknya,
tapi tidak berjaya.
kau tidak tahu apa di hatinya bukan?

gadis itu, ya! gadis itu!
gadis yang kau selalu kata sombong,
gadis yang kau selalu kata jual mahal,
gadis yang kau kata tidak peramah,
tapi, kau tak tahu apa di hatinya bukan?

yang kau tahu menghukum, mengata, meletakkan, dan menyebarkan sesuatu yang tidak pasti,
tanpa kau tahu apa di hatinya bukan?


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: