Monday, April 28, 2014

Damba Kasih




Ya Allah, 
Perancangan-Mu adalah yang terbaik
tiada daya untuk aku menghalangnya
tetapi aku meminta dari-Mu
Kau hadirkan insan yang dapat membimbingku ke arah-Mu,
yang mencintai-Mu, yang menyayangi keluargaku, yang mengasihi anak-anakku kelak
Kau hadirkanlah insan yang benar-benar mengiginkan aku untuk melengkapkan tulang rusuknya, 
dan bukan kerana egonya yang ingin memilikiku.
Kau hadirkanlah insan yang ikhlas denganku dan bukan hanya untuk mempermainkan zahir dan batinku.

Ya Allah,
aku sudah banyak terluka,
aku sudah banyak bersalah dan berdosa,
jika dihitung pun amalanku, belum tentu aku akan ke syurga-Mu ya Allah.

Ya Allah.
sesungguhnya perancangan-Mu yang terbaik,
aku terima dengan hati yang terbuka.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: