Monday, April 28, 2014

cinta kilat


okay.. aku tahu ni post ke berapa entah untuk hari ni.. dan aku sedang menunggu masuknya waktu maghrib bagi kawasan Tg malim.. cuba bawak-bawak baca quran sikit buyay.. adoii... tapi idea untuk menulis post ini tidak dapat ditahan lagi.

idea ini ku dapat daripada salah seorang kawan terbaik aku yang selalu mengadu pasal lelaki mempermainkan dia dalam tempoh beberapa orang ini.. tak mahulah aku sebut siapakah dia, sebab aku buat entry ni pun mau nasihat..

ehem! okay serius.
cinta kilat ni macam yang kita selalu dengar cinta yang beberapa hari sahaja tiba-tiba muncul di dalam hati seseorang itu kepada mereka yang baru dikenali dan dijumpai dan seumpama dengannya. well, bagi aku cinta kilat ni bukanlah cinta , ianya adalah perasaan suka ataupun orang selalu panggil 'crush'.

sebenarnya benda ni berlaku dengan cepat.. di mna proses jatuh cintanya cepat, dan proses penDECLAREan sebagai pasangan kekasih juga cepat tanpa mengenal hati budi masing-masing.. ceh! macam ayat tesis..wakakakakakakaka!!

dan apabila mereka bercinta tanpa mengenali hati budi masing-masing, maka mereka dengan secara tidak langsungnya meletakkan satu expectation bagaimanakah orangnya pasangan mereka tersebut..

dan apabila pasangan mereka tidak seperti yang mereka jangkakan, maka keluarlah ayat seperti berikut:-

"saya rasa kita patut berkawan dahulu untuk mengenali satu sama lain"

"saya rasa saya tak sesuai dengan awak"

n bla..bla..bla...

dalam masa singkat kau boleh 'jatuh cinta', dalam masa singkat kau boleh 'bercinta', dan dalam masa yang singkat kau boleh 'memutuskan'.. hebat permainan kau di situ. opss! terkasar.. hahahahah

yang menjadi mangsa dan terkena pukulan hebat di sini adalah perempuan.. pernahkah anda mendangar,

'perempuan, yang dia tahu adalah perasaan ingin disayangi dan menyayangi orang yang mereka'

for me, perempuan ni loving seekers. maksudnya mereka menunggu untuk disayangi dan akan sayang kepada mereka yang menyayangi dengan begitu mudah.. sebab pada dasarnya hati wanita ini lembutkan.. no wonderlah mereka cepat jatuh cinta, ehem! mereka? hahahahaha

dan kembali pada cerita asalnya, dalam cinta kilat ni ni,adalah cinta yang tak boleh nak percaya.. bagi akulah.. aku tak percaya bila lelaki cakap,

"ala.. masa kita bercinta nanti kita boleh berkenalan lagi.."

dan pada aku, cinta kilat ini berlainan situasinya dengan cinta yang diatur keluarga.. maksud aku dijodohkan. hehehehe.. itulah cinta ku dambakan sekali.. tapi mama dan bapa tak mahu masuk campur soal jodoh ini.. HAHAHAH..hadooiii!!!


so, girls.. jangan mudah percaya mulut manis lelaki.. mereka memang pada dasarnya mempunyai kelebihan sebagai 'sweet talker'

and boys.. tolong jangan perdayakan gadis, jangan mudah melafazkan cinta.. kenal dulu, kalau berkenan proceed.. sebab apa yang anda nampak pada luaran mereka, tidaklah seperti yang anda sangka pada dalaman mereka..

bila kawan aku cakap dengan aku yang dia rasa dia dipermainkan dan dia rasa bodoh.. aku cakap,

"kau sendiri masuk dalam perangkap itu.. ya, mingkin pada mulanya lelaki tu memang suka kau dan meletakkan 1 expectation yang tinggi mengenai kau.. bila dia tahu kau tak macam yang dia sangkakan, masa tu dia mencari alasan untuk blah.. sebebnarnya lelaki tu bodoh,, dia tak lihat mana silap dia dan dia sangat penakut untuk meneruskan hubungan kamu.. rilek, masih banyak lelaki di dunia ni.. kita tak jumpa di Malaysia, kita pergi africa.. mesti jadi rebutan.. HAHAHAHAHAH"

okay, dah masuk waktu dah.. selamat bersembahyang maghrib.. jangan lupa baca al-quran..biar tenang sikit hati tu..heheheh.. 



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: