Tuesday, April 29, 2014

Buyay Dk vs Idol Dk


selamat pagi diariku yang ku sayangi...hahahaha...

gambar di atas adalah pemilik nama paling panjang dalam kalangan adik-beradik kami..

1. Dayang Norhayatul Akma Bt Datu Mohd Kamalun
2. Datu Mohd Khaidrul Fitri Bin Datu Mohd Kamalun

okay di sini ingat aku maklumkan bahawasanya dia di atas merupakan adikku yang selalu menganggapku sebagai adiknya.. AHAHAHAH.. ya beliau sudah berpunya dan 'adiknya' ini masih lagi single sampai ke hari ini... fuiyooo.. hehehehe..

kami membesar sama-sama, berkongsi cerita sama-sama, pengalaman dipukul bersama oleh bapa atas kenakalan kami yang suka tengok babi di hutan belakang rumah dan suka bawa pisau naik atas pokok mangga sambil makan mangga di sana.. hahahaha..

walaupun beza umur kami 3 tahun, tapi keakraban kami sangat ketara.. hahaha.. pernah satu ketika kami berjalan kaki ke sekolah agama, kami biasa berpimpin tangan.. hahah.. nampak tak di situ?? masuk saja di kawasan sekolah agama, aku terlepas tangan aku oleh kerana terlalu excited berjumpa kawan-kawan.. selepas itu, aku capai balik adik aku dan memeluknya tanpa melihat wajahnya.

tiba-tiba,

"hei! kau kenapa??"

kata suara itu.. itu bukan suara adik aku.. aku berpaling.. argghh!!! senior aku!!! argghh!! aku peluk senior aku!! arghhhh!!! 

aku tengok adik aku dah dok bermain-main dengan gembira bersama kawannya..

rasa macam nak menangis bila ingat balik cerita ini.. dan senior aku tu selalu membahan aku pasal ni bila jumpa aku.. argghh!!!!

nasib baik masa tu masih budak, kalau tak.. mahu seminggu aku tak pergi sekolah agama..HAHAHHA


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: