Friday, April 25, 2014

burung siapa?


hati kita terluka, berkecai, pecah, seperti kaca..
berdarah dan sakit yang tidak kelihatan.

kita cuba melangkah,
tapi kenapa dunia seolah-olah menentang kita?

kita mencuba untuk memperbaiki kesilapan lalu,
tapi kenapa mata mereka serong memandang kita?

adakah aku yang rabun atau mata mereka memang senget?

jangan kau kat kau pernah berada di tempat kami,
cerita kau lain.
begitu juga cerita kami.
tapi kami mencuba untuk melangkah memperbaiki kesilapan lalu.
kau?
terlalu jelas kecemburuan di wajahmu kerana kau masih lagi terperangkap di dalam permainan perasaanmu sendiri.

aku sedih,
aku simpati,
pada kau..
kau umpama burung yang diikat kakinya, diberi makan, dan dilayan ketika kesunyian.
betapa sedihnya hidup kau kan.

sebab itu kau cemburu melihat kami terbang bebas,
bebas melakukan apa saja,
bebas meneroka dunia,
bebas untuk terbang hingga ke langit awan.

simpati pada kau berganda-ganda tidak terhingga..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

2 comments:

Liza Licha said...

setuju sangat.. :) kalau sibuk mencari kesempurnaan, pasti nya kita akan tak pernah jumpa kebahagiaan

Akma Dk said...

betull :)