Wednesday, April 30, 2014

Again




Assalammualaikum..

tengok video di atas beberapa kali aku masih lagi menangis.. entah, sentap pula dengan watak si ilham tu kut.. berjaya beliau ambil hati aku..hahaha...

1 aku nak cakap, I'VE BEEN THERE.. cuma situasinya lain.. dan sampai sekarang aku masih cuba untuk berubah sedikit demi sedikit.. dan aku juga punya kawan yang mempunyai masalah yang sama..

di mana kawan-kawan lain selalu melihatnya serong disebabkan oleh kehidupannya bukan macam mereka yang lain.. aku terasa sedih kut bila kawan aku ni sampai buat list TO DO an NOT TO DO.. dia sampai conteng kertas-kertas paksa dirinya untuk berubah..

ya, memang bagus dia mahu berubah.. aku sokong.. tapi aku lebih suka menggunakan perkataan CONTROL.. sebab kita boleh kontrol diri kita setiap masa. kita boleh kontrol apa yang kita lakukan. tapi untuk ubah? kita tak boleh nak ubah diri kita dengan tiba-tiba.. hasilnya tidak akan sama..

kawan aku ni selalu cakap yang dia jahat, sebab ramai yang layan dia serba tak kena.. ada yang terus langsung taknak duduk semeja dengan dia.. dia sedih, terasa, sakit.. kawan kut.. aku pun rasa serba salah bila dia tanya macam-macam kat aku.. ya aku terima, mungkin mereka tak boleh nak berkawan dengan dia, macam mana aku dengan dia.. tapi at least jaga perasaan dia.. dia tak pernah kacau korang pun..

mungkin ada suara-suara sumbang yang mengatakan aku tak try pun nasihat dia untuk berubah.. aku biarkan sahaja dia hanyut.. okay, mari sini aku nak cakap.. boleh tak korang tengok ayam then korang cakap "masak", tiba-tiba ayam tu masak? tak boleh kan.. korang kena buat satu-persatu kan? macam tu aku buat.. aku taklah baik.. yang penting aku pernah berada di mana dia rasa sekarang.. 

aku lagi gembira bila dia nak berubah.. dia selalu cakap,

"okay, aku janji dengan kau..aku takkan buat lagi.."

bila dia janji dengan aku, aku tak percaya.. sebab mungkin dia akan buat benda yang sama di belakang aku.. aku cakap,

"jangan janji dengan aku.. janji dengan diri sendiri.."

bila dia jujur dengan diri sendiri, secara automatiknya perlahan-lahan dia akan jujur dengan semua orang.. dia akan sayang diri dia, dan dia akan cuba.. dia ni bukan taknak berubah, dia cuba.. tapi kita tak boleh nak expect dia ni nak berubah serta merta! tak boleh!

lagi satu, jangan lari dari masalah.. dia kawan, tolong dia.. aku stay sebab aku tahu macam mana rasanya terkapai-kapai untuk mencapai sesuatu tanpa bantuan dari orang sekeliling.. apa yang aku sedar, bila aku bersama dia sedikit demi sedikit aku boleh ingatkan dia untuk kontrol.. memang susah pada mulanya, tapi sedarlah dia akan terbiasa sedikit demi sedikit..

cara nak tegur pun ada etikanya, kekasaran takkan ubah segalanya..bila dah besar ni, tak semua orang suka ditegur dengan kekasaran.. bahkan aku pun.. kadang-kala kelembutan itu lagi membuatkan mereka ni terasa sangat dalam sekali.. kalau rasa tak boleh sangat, diam. diam lebih baik dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang..

aku ni bercakap macam pro pula kan.. bukan pro, aku faham perasaan orang macam ni.. kalau masih kecil, bolehlah kita ubah mereka.. tapi bila dah besar ni, kita kena slow talk dan biarkan dia ambil inisiatif untuk berubah.. bila dia dah ada kesedaran itu, bantu.. walaupun mengambil masa yang sangat lama.. ala.. orang yang baik pun mengambil sedari mereka bayi lagi untuk menjadi baik.. so, kita tak boleh expect mereka ni berubah dalam masa yang singkat.. 

dan aku, ya!masih mencuba untuk kontrol. masih mencuba untuk berubah.

we can't change ourself, but we have a power to CONTROL it.
we will be a better person step by step.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: