Tuesday, March 11, 2014

mimpi~

Assalammualaikum..

hahahah.. baru terbangun dari tidur.. pastu mimpi benda yang tak sepatutnya.. adakah patut aku mimpi mama dan bapa dah kahwinkan aku tanpa pengetahuan aku.. gila terkejut aku tiba-tiba ada lelaki masuk bilik aku.. lelaki tu pula alahai... lelaki yang paling aku tak sangka-sangka.. terus terbangun aku.. tengok jam dah pukul 2 lebih.. baru ingat aku tak zohor lagi.. seram gila mimpi.. hahahha..


macam yang kita sudah sedia maklum dan dah diheboh-hebohkan di dalam televisyen, pasal #MH370 tu.. aku tak pernah buat post pasal ni sebab aku tak tahu nak cakap apa.. tapi serius pada malam ahad tu aku cuba nak stay up buat mind map.. sambil dengar radio sinar fm.. pastu dorang ulang balik berita pasal MH370 dengan muzik yang berjaya menaikkan bulu roma aku dan menangis..

aku tak tahan sebab rasa macam seram sejuk masa tu.. aku pun tutup laptop dan baring.. pastu termimpi pula aku ada dalam kapal terbang yang nak menjunam..dengar orang yang menjerit-jerit.. subhanaAllah.. sebenarnya bila aku naik flight, pastu cuaca tak okay aku akan berzikir tak habis.. then aku pun berdoa kalaulah aku ditakdirkan terlibat dalam kemalangan kapal terbang, biar family aku jumpa mayat aku...

aku taip post ni bukan nak provoke apa-apa.. cuba aku tak boleh nak bayangkan bagaimana rasanya waris -waris mereka yang terlibat.. sedangkan aku yang tiada kena mengena pun boleh menangis.. apatah lagi mereka kan? apa yang aku pohon kepada semua, berhenti buat spekulasi, teruskan berdoa.. bak kata dr.fadziah kamsah: "orang kita terlalu mudah bersimpati sehinggakan lupa untuk mendoakan keselamatan mereka"..

aku sebenarnya tabik bila waris-waris ni disediakan pakar psikologi.. memang mereka perlukan bantuan seperti ini.. yalah, sementara usaha mencari tu, kita tak boleh buat apa-apa untuk menenangkan mereka selain daripada memberi dorongan dari segi psikologi...

aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. Allah maha mengetahui.. janganlah putus berdoa yang terbaik..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: