Wednesday, March 5, 2014

everything happened for reasons


Assalammualaikum..

lama betul tidak update blog.. yalah..dengan keyboard rosak..
beli silicon keyboard pula buat terbantut segala proses taip menaip...
sampai semua benda aku tulis atas kertas.. maksud aku luahan hati dan perasaan akulah.. agak terbantut juga bila tak luah something kan.. kan aku ni pemendam..mana lagi aku nak luah.. hehehe..

by the way,
permulaan sem ni sangat tak macam sem-sem yang lalu.. sebab bestie aku tak ada.. aku macam terumbang-ambing cari kawan buat assignment dan buat everything by myself.. yalah, selalunya kami berdua saling backup bab-bab assignment ni..saling ingat-mengingati.. HAHAHA.. 

tapi syukur juga ada kawan-kawan lain yang sangat concern pasal aku... classmate aku yang tak pernah tinggal aku.. dorang tau aku sunyi sekarang kan, so dorang selalu lah teman aku..heheh.. terima kasih kawan-kawan.. love you all!!


bercakap pasal cinta dan perasaan sendiri.. hurmm.. macam biasalah member-member akan tanya dah ada ganti belum dalam hati tu? bukan setakat member.. mama dan bapa juga.. keep asking me.. ada juga yang tak percaya, dan buat reaksi macam aku ni LOSER sangat tak ada boyfriend.. 

well, bila aku cakap dengan mama dan bapa aku dah malas nak cari.. macam dah berserah ja.. kalau ada, adalah.. hehe.. mama dan bapa start risau sebenarnya..

 "jodoh tu kena cari..kena usaha.." 

aku bukan tak berusaha sebelum ni.. memanglah dorang cakap umur aku masih muda kan.. tapi serius, bila aku terima cinta orang there's nothing else kalau bukan aku nak hubungan tu sampai ke jinjang pelamin.. tapi bukan jodoh kan.. aku terlalu sakit sampai tahap aku rasa selesa hidup sendiri macam ni... boleh tak?

tapi mama dan bapa still push aku untuk fikir macam ni.. serius aku sekarang tak fikir benda macam ni..apa aku fikir, nak study then nak jaga mama dan bapa.. aku cakap terus terang dengan bapa dan mama yang aku nak sambung master nanti after degree... for sure lah dorang bagi.. tapi dengan SYARAT!

"kena kahwin dulu.."

aku tahu mama dan bapa mahu ada orang jaga aku.. tapi masalahnya bila jodoh aku tertulis akan datang 10 tahun lagi macam mana? aku taknaklah hampakan mama dan bapa.. apa aku mampu cakap..

"kalau ada orang datang tanya pasal aku, then mama dan bapa suka.. terima.. aku tak kisah.. mama dan bapa tahu apa yang terbaik untuk aku.."

tapi mama dan bapa ni bukan jenis parent macam tu.. masing-masing akan cakap tak mahu masuk campur soal pilih pasangan hidup.. HAHAHA.. 

bukan tak ada lelaki try, aku ni taklah buruk sangat sampai tak ada lelaki suka.. hahahah.. tapi, aku ni susah sikitlah nak percaya.. yalah kalau before ni lelaki yang dah jumpa parent aku boleh tinggal aku sebab perempuan lain.. tak mustahil pula mereka yang just asking me kan..

'semua orang boleh tabur janji, tapi bukan semua orang boleh buktikannya'

aku tak minta pun nak berjanji bagai.. kalau suka, then terus proceed lah.. buktikan.. sekarang ni janji-janji tak mainlah.. orang sekarang bukannya takut kena makan janji..lelaki.. perempuan.. sama ja..

about my first love..

okay.. serius aku masih belum boleh move on atau tinggalkan perasaan tu kat dia.. aku masih sayang dia.. kadang-kadang masih harapkan dia sayangkan aku.. tapi tahulah.. people changed.. aku dapat rasa yang dia with someone.. hehehe.. aku tak marah pun.. aku gembira lagi adalah.. gembira? jangan tipu dirilah buyay...

betul, mana boleh hilang perasaan tu bila kita still kontek and sharing stories, even feeling..  susah kan..aku pandai nasihat orang.. tapi nasihat diri sendiri tak boleh pula.. hehehe...

berat badan?

alhamdulillah berat badan sekarang dah kurang lagi dan aku masih lagi berusaha untuk jaga pemakanan.. tau tak cuaca sekarang ni buat aku hilang 2kg dalam masa 1 minggu berada di tanjung malim ni.. badan kurang air.. mulanya aku risau juga..sebab turun mendadak..so, memang minum air banyak-banyaklah..nasihatku pada yang lain, minum air banyak-banyak ya..

housemate..

still terbaik.. aku, agnes, qia, dan parimala masih duduk 1 rumah.. hahah.. harap-harap hubungan persahabatan kami ni kekal lah kan.. hehehe...

aku lagi banyak duduk di rumah, kelas taklah pack tapi kerja memang buat hari aku packed.. hahaha.. serius! next week dah ada assgnment kena submit.. hikhikhik.. macam ni rasanya jadi pelajar tahun 3 kan.. kahkahkah!

kawan-kawan..

bestie aku si silah yang kahwin tahun lepas tu tengah morning sickness sekarang ni.. HAHAAH.. aku ingat lagi bila dia kata nak honeymoon dulu.. tapi rezeki datang awal.. Alhamdulillah.. tak sempat aku jumpa dia masa cuti hari tu..

hujung bulan ni, classmate diploma pula nak kahwin.. wahhh!! dah nak kahwin dah kau ayla.. kahwin kat bangi.. so, aku sekarang ni tengah cari mangsa yang sesuai untuk menemani aku.. hahaha.. dah ada short list nya... kah!kah!kah!

dahlah.. macam panjang sangat pula post ni.. macam sesi luahan perasaan.. maaflah kalau ada yang baca rasa menyampah.. aku memang macam ni.. hahah...


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: