Friday, January 3, 2014

Jumaat Pertama


Assalammualaikum..

hari ni adalah hari jumaat pertama untuk tahun 2014.. errmm.. dah tiga hari kita melangkah ke tahun 2014 kan.. aku rasa macam cepat ja masa berlalu.. kejap ja sudah malam, pastu siang balik.. dan aku sedar banyak juga aku buang masa aku dengan menonton movie daripada belajar..

well,
aku ni bukan jenis yang ulat buku dan berkepit dengan buku 24hours, walaupun dalam waktu exam ni.. hahaha.. pastu, aku juga tak boleh nak study sampai lewat malam dan berjaga sampai subuh untuk study.. aku juga tak boleh study tanpa mendengar muzik/ menonton movie.. hahaha.. lucu kan?

sebab tu setiap kali revision aku kena tengok movie/ video/ dengar muzik supaya otak aku dapat berfkir dengan lancarnya.. hahaha.. kalau aku tak ada tu semua, kompom 5 minit buku yang baca aku.. hehehe.. kadang-kadang kalau aku tengah jawab exam, aku terpaksa menyanyi dalam hati supaya aku bole revise balik apa yang aku dah study... heeheh.. sebab tu bila aku jawab exam, aku selalu angguk-angguk kepala, goyang-goyang kaki, gerak-gerakkan pensil.. hahahaha.. kuat sungguh imaginasi aku kan...

lecturer uitm aku cakap dulu, 
before masuk exam hall, buang semua nota, jangan banyak cakap, jangan berbincang, dan tenangkan diri.. hehehe.. kenapa? sebenarnya kita ada perasaan berdebar bila masuk exam, dan ia membuatkan kita tidak yakin dengan apa yang kita study dan membuatkan kita ingin bertanya/berbincang dengan kawan-kawan.. perkara ni sebenarnya ada kesan negatif tanpa kita tahu.. sebab akan ada pendapat yang bercanggah dan kita akan menjadi keliru..

aku cakap bukan saja-saja, aku pernah test semua ni.. hahaha.. masa tu aku ingat lagi tengah midterm subject cost control masa dekat uitm dulu.. cost control kan banyak formula nak kira, so aku ni sajalah nak test kan kata-kata lecturer aku tu dengan bertanyakan pendapat orang lain.. at last, masa nak jawab tu semua formula yang aku hafal hilang dengan tiba-tiba.. sebab dah bercampur aduk dengan formula yang aku dapat dari kawan-kawan aku before masuk kelas.. hahahah... dan result midterm aku memang teruk..nasib lect buat retest.. hahahah..

start from that day, 
aku dah tak suka nak berbincang before masuk exam hall.. hahah.. takut keliru.. sebab aku ni low self confident..pastu takleh banyak cakap sebab takut ilmu yang kita belajar tu keluar.. ermm.. ni aku tak sure sangat.. hahaha.. sebab aku tak pernah buat kajian lagi..hahahah..

after exam..
jangan bincang jawapan/ selak buku balik nak cari jawapan paper yang baru kita jawab tadi.. ni memang aku tak suka.. dari aku sekolah lagi.. yang dah lepas biar lepas.. tahu tak bila kita busy nak cari jawapan sebenar, kita akan lalai untuk paper yang seterusnya.. dan bila kita dapat tahu jawapan kita tu salah, startlah nak bersedih dan down kan.. heheh.. sebab tu lepas exam, aku terus tutup cerita kat situ ja.. focus on next paper..

carry mark..
okay, aku ni memang tak suka tengok carry mark.. hahaha.. sengal kan? sebab bila carry mark aku tinggi, aku dah taknak study.. dan bila carrymark rendah, aku akan sibuk bersedih dan cari mana silapnya carry mark aku rendah.. heheheh.. ni semua psiko la kan... tapi entah kenapa sem ni aku tengok carry mark? haiyyaa... dan serius aku susah hati dengan carry mark aku... grrr.. menyesal juga pergi tengok.. hahaha.. 

okaylah.. aku merapu ni sebab aku dah start gelabah untuk next paper 6hb nanti.. killer paper.. BIOMECHANICS.. aku ni susah sikit nak hafal law yang ada.. kalau formula tu maybe senang sikit, alhamdulillah lah aku kena bagi otak kira-kira.. walaupun tak berapa nak pandai kira-kira, tapi bolehlah buat bekalan masa exam nanti.. hahaha...

well, aku bangga dengan diri aku yang tak ada basic sport science and science stream boleh sampai tahap ni.. hahahah... bah, wish me good luck aa...

p/s: btw, meriah kan blog ni? warna-warni.. ;p 



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: