Saturday, December 7, 2013

never tired being myself :)

"ku rasa malu-malu bila si dia dekatiku, berdegup oh jantungku..sememangnya dia yang ku tunggu"~ Ceritaku dan dia by Ekin Rahman


Assalammualaikum dan selamat malam minggu....

hehehe.. minggu ke-13 semester is comingg!! yeah!!minggu ni agak banyak task yang buat hati berdebar-debar sudah dibuat.. macam biomech presentation dan event kejohanan bola jaring. fuh~ lega sikit.. hehehe.. tadi masa kejohanan aku tak main lah.. bukan sebab hujan.. sebab kena berlari ke sana ke mari nak make sure everything done kan.. hahaha... tapi kena tinggalkan kejohanan sebab aku ada kelas kokurikulum kat tempat lain.. dari basah, sampai kering balik baju aku ni...

aku sebenarnya bangga juga dengan diri aku yang kuat ni.. hahaha.. walaupun bingis, tiap malam before tidur kena menangis dulu... tapi tetap berdiri teguh untuk keesokan harinya.. alahai.. semua ni mama dan bapa aku ajarlah.. ajar aku jadi positif setiap masa.. masa lalu bukan pengukur kegagalan kan... hehehehe... 

btw, tadi baru aku TERview profile facebook seseorang ni.. yang pernah cakap dengan aku dia tak ada apa-apa, zero pasal agama dan macam-macamlah dia cakap merendahkan diri dia.. dan bila aku tengok.. alahai.. dia ni senior aku masa SMAS (smk agama sandakan) dulukah? aiyooo.. aku tertipu.. tapi aku tak salahkan beliau, maybe dia buat macam tu sebab nak cari perempuan yang betul-betul ikhlas dengan dia kan.. ahaks!

sebenarnya, lelaki nilah yang aku kenal dekat wechat cakap sanggup tunggu aku sampai aku terbuka hati untuk percaya lelaki lagi dan untuk mencintai lagi.. aku ni, sejak ada pengalaman ditabur janji macam ni.. aku dah tak percaya janji-janji macam ni.. serius! bagi aku semua lelaki tu cuma ambil kesempatan dekat aku.. apatah lagi lelaki yang aku kenal cuma melalui wechat.. no.no.no.. janji-janji tu takkan ku termakan..

oleh kerana itulah,aku cakap suka hati.. mau tunggu, tunggu.. tapi aku tak bagi harapan, sebab aku pun tak mahu harapan.. harapan itu selalu menyakitkan aku.. aku pernah cakap, kalau betul-betul ikhlas..datang rumah aku dan jumpa ibubapa aku.. tapi dia tak sempat datang sebab tak ada cuti masa tu (open house raya)... 

btw, aku nak cakap pasal dia ni bukannya aku nak cakap aku terus mahu dengan dia bila tahu apa yang dia ada sekarang.. aku masih lagi begini.. paranoid terhadap lelaki..maaf! tapi i can't do anything about this! aku takut terima cinta manusia dan akhirnya aku yang terluka sendiri kan.. ahaks! 

tapi betul, kalau betul-betul ikhlas..jumpa parent aku..tapi itu tak menjanjikan apa-apa sampai parent aku sendiri yang setuju.. hahaha.. aku ni bukanlah cerewet pasal lelaki.. yang penting dia boleh tanggung dan bimbing aku dan bakal anak-anak kami.. dan yang penting parent aku terima.. yang lain tu kira advantage saja.. cuma yang buat aku begini, aku tak berani mau berharapan dengan LUKA lagi..sakit bah! hahahah.. 

okaylah, entah apa-apa aku merapu ni kan..asyik-asyik pasal cinta, lelaki.. penat betul aku baca...tapi bestlah! hahahah..babai!!


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: