Tuesday, December 10, 2013

Ilusaniti (Review)

"i don't know what to do, i'm always in the dark.. i'm living in the powder keg and give on spark!"- Total Eclipse To The Heart~ Bony Tyler



Assalammualaikum dan selamat pagi...

hari ni aku nak buat review pasal buku keluaran Fixi yang baru aku beli minggu lepas.. hell ya! beli minggu lepas, minggu ni baru baca.. masalahnya minggu lepaskah? dua minggu yang lepas.. biasalah.. student di hujung sem, banyak assessment kena hantar.. so, aku settle tu dulu.. sebenarnya tak settle sangat lagi pun.. hahaha.. tapi buku ni memanggil-manggil aku pula..

'bacalah..bacalah...wahai kemaaaa....'

btw, di atas tu bukanlah sign/ autograf penulis buku, tapi tuan punya buku.. macam? seni tak sign aku.. ada TroubleClef.. hahahahah


okay, btw buku ni sangat gila... i mean SANGAT-SANGAT gila... uwwaaa!! why? meh, aku nak ceta la ni...


mula-mula tu susah juga aku nak digest cerita dia.. sebab banyak pasal online games...aku ni bukan tau sangat pasal game.. yalah aku ni kan buta game.. seriously! aku cuma tahu main Freecell ja..hahhaha... lawak tak lawak aku ni?

okay, bila sampai part BigBoss mati! fine! sangat mengerikan... dengan mimpi si watak utama dan kawan-kawan dia pasal Bandar Tanpa Cahaya.. penulis ni memang berjaya bawa aku ke alam tulisan dia.. aku memang terasa macam mana takutnya mereka ni.. inilah yang aku katakan novel yang membawa ayat yang tidak terlalu berbunga-bunga tapi menarik dari segi plotnya!

aku memang tak tahu siapa jahat sebenarnya.. mula-mula memang aku ingatkan Bob tu yang pedajal mereka semua dan aku ingatkan semua tu adalah mimpi watak utama.. ya! memang aku ingatkan mimpi dia semata-mata.. 

btw, yang lebih menakutkan bila mereka boleh nampka kawan-kawan mereka yang dah mati.. siap boleh ambil rokok sebatang, layan rokok.. ayat yang paling best bila hantu si joe tu cakap kat watak utama..

"kau, masa ni baru ingat Tuhan.. masa kita keluar, air sembahyang tak calit kau pun.."

lebih kurang macam tu ayatnya.. wah..! korang kena baca buku ni untuk tau macam mana perasaan aku.. grrr... geram.. aku tak cukup baik untuk ekspresikan perasaan aku kat sini...

oh ya! masa aku baca buku ni.. pagi semalam.. aku baca kat dalam bilik hostel akulah..hahah..biasalah..tak ada kelas kan.. so, part mana entah aku rasanak kencing sangat.. aku pun pergilah buka pintu bilik aku.. weiii... tak boleh buka.. aku terkunci di dalam bilik sendiri.. hahahha.. lawak tak lawak.. gila! nasib ada housemate yang masih ada kat dalam rumah tolong aku buka pintu dari luar.. kalau tak, entahlah apa nak jadi kan...

tapi aku bukannya nak kaitkan novel ni dengan apa yang aku lalui.. aku cuma nak menambahkan keseraman yang aku rasai.. hahha.. taubat pastu aku tak tutup pintu bilik.. hahahah...

btw, ni novel thriller yang pertama aku baca..dan sangat best!!! terima kasih kepada Adib Zaini kerana menghasilkan novel ni.. pada yang lain, kalau tak baca lagi.. belilah buku ni.. murah je pun!(aku kalo novel semua murah) hahahah

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: