Tuesday, November 26, 2013

The Reason

"kekusutan telah merunsingkan diri dalam kealpaanku, kau cuba menuding jari.. kata-kata menikam, menusuk dalam hati.. berasuk dalam jiwa, roda yang dusta belaka..." ~ Rapuh by Pesawat




Assalammualaikum dan selamat pagi...

kadang kala aku rasa yang aku ni sangat kedekut ilmu sebab suka diam-diam daripada tunjuk ajar orang.. tak mahu share ilmu.. orang tanya jawapan pun aku hanya mampu angkat bahu dan senyum sumbing..but, if i think clearly... everything happened for reason.. 

kenapa semua ni terjadi? ambil mood dan bayangkan~~~~

satu ketika dahulu, zaman persekolahan.. aku bukanlah pelajar yang pintar dekat kelas.. aku sama ja dengan orang lain.. tapi aku sering menjadi tumpuan dan kaunter pertanyaan penyelesaian homework ataupun pusat meniru kerja rumah.. maybe sebab aku rajin siapkan homework yang cikgu bagi kut.. bukan rajin sebenarnya, sama malas juga dengan orang lain.. tapi mama dan bapa selalu push aku buat homework.. ingat senang jadi anak cikgu? hahah.. 

nak dijadikan kisah, pada satu hari indah yang permai.. di kala kami sedang ada peperiksaan akhir tahun dan as usual.. aku jadi pusat copy and paste and aku memang merelakannya pun... senang cakap, terlalu pemurah sampai jawapan pun bagi.. ahaks! then bila result keluar, nasib tak menyebelahi aku.. markah aku down, then of courselah yang lain pun sama kan..

lepas tu serangan beramai-ramai terhadap diriku yang hina ini.. 

"INI SEMUA SEBAB KAULAH KAMI DAPAT MARKAH MACAM NI!"

apa perasaan anda bila dengan senang lenang dicakap sebegitu?? bukan aku paksa pun mereka untuk copy jawapan.. mereka mahu.. then aku bagilah... serius aku sedih gila masa tu.. dan aku sentiasa salahkan diri aku.. mungkin inilah balasan kepada orang yang suka bagi tiru kan..hmm.. adik-adik..please jangan buat okay!

well start dari hari tu, aku dah tanam dalam jiwa aku ni untuk berdiam diri dan  tak mahu sibuk-sibuk bagi tunjuk ajar.. bukan balas dendam atau kedekut ilmu yang ada.. yalah, ilmu tak boleh bawa mati kan.. sebaiknya share..sebabnya aku takut disalahkan lagi! fobia.. semua ini menghantui aku sampai sekarang...kadang-kadang aku terfiikir juga macam mana aku nak share ilmu aku nanti dengan student bila aku jadi cikgu?? T_T

sebab tu sampai sekarang bila kawan-kawan tanya aku pasal sesuatu, aku akan cakap..

"aku tak sure lah.."

"aku pun tak tahu sangat...nanti salah pula.."

"Inn Shaa Allah ek... aku tak study lagi ni..."

dan sebab itulah aku suka buat kerja sendirian, sebab aku takut apa yang aku tunjuk ajar tu salah.. kalau salah untuk aku tak apa.. tapi kalau orang lain??? aku akan rasa bersalah dan akan dihantui pengalaman silam..

so, there's a reason for anything happened.. aku tak kedekut ilmu, cuma tiada keyakinan untuk share semua tu..sebab aku tau, aku bukannya bijak pun..hahahaha.. mungkin aku ada sedikit kerajinan untuk meng explore benda...

maaf jika terasa.. aku tidak menujukan post ini kepada sesiapa.. cuma berkongsi kisah benar.. hahahaha...

"Tiada orang yang pandai dan bodoh dalam dunia ni.. yang ada cuma orang yang RAJIN dan MALAS"~ Dr. Shukri Abdullah (Pakar Motivasi)
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥


No comments: