Wednesday, November 20, 2013

Teman Tapi Mesra

"cukuplah berteman denganku, janganlah kau meminta lebih.. ku tak mungkin mencintaimu, kita berteman saja..teman tapi mesra"~ Teman Tapi Mesra by Ratu


Assalammualaikum dan selamat pagi...

oleh kerana post aku yang sebelum ni telah dikomen oleh super duper sister and hot mama KAK ATIE yang bertanyakan tentang Teman Tapi Mesra. dan aku membuat keputusan untuk merungkai dan membincangkan tentang isu ini di sini.

apa itu Teman Tapi Mesra??

kadang-kadang orang panggil hubungan tanpa status dan juga SKANDAL.. ermm.. tapi bagi aku ianya hubungan tanpa status terhadap dua pasangan yang berlainan jantina tapi masing-masing masih single. kalau skandal tu lain cerita kut.. itu untuk si pencurang yang sangat aku benci! hahahah

okaylah.. mesti ramai yang pernah rasa TTM(teman tapi mesra.. aku ringkaskan..malas nak tulis panjang-panjang.. hahahah) ni kan.. ini adalah hubungan mesra tanpa declareation as a couple/partner.. mereka cuma berteman.. dan mostly, mereka ni mempunyai perasaan antara satu sama lain.. cuma mereka takut nak meluahkan dan melangkah ke peringkat seterusnya..mungkin kerana mereka tidak yakin.. *angkatbahu

aku pun antara salah seorang yang pernah ada hubungan TTM ni.. pergghh! bukan main lagi.. dan mengikut pengalaman aku.. the love with this TTM will not last forever.. sebenarnya, TTM ni hanyalah untuk mengisi kekosongan masingg-masing sementara mereka mencari orang yang lebih sesuai.. yalah.. bila dah jumpa orang yang lebih sesuai takdalah nak kalut cari alasan nak break-up since hubungan mereka cuma TEMAN.. am i right?

keindahan sebagai TTM ini akan berterusan sehinggalah salah seorang daripada mereka ni berjumpa dengan kekasih hati yang membuatkan mereka tak tidur malam dan tidur asyik termimpi-mimpikan kekasih mereka itu.. dan bersedialah wahai pasangan TTM, bersedia untuk ditinggalkan terkontang-kanting begitu sahaja... HAHAH.. *pedihhatimakk

sebenarnya TTM ni takkan menyakitkan kita if we're not falling love too much dekat partner kita tu.. so, before go to TTM please set your mind "aku tak boleh jatuh cinta dekat dia ni.." but, as we know.. perempuan ni senang nak jatuh sayang.. dan tak mustahil kalau dia jatuh sayang dekat TTM partner dia ni. 

apa beza kawan dan TTM??

kawan tu kawanlah.. tapi TTM tu like a real couple cuma mereka tak declare as a couple.. at the first place the relation is begin by the words of INTERACT/ SUKA / SAYANG dan mungkin cinta di mana .. mereka ni tertarik antara satu sama lain dan suka antara satu sama lain..  tapi semua tu tak dapat meyakinkan mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

KENAPA?

maybe mereka tak puas mencari lagi or sangat fobia untuk bercinta maybe.. pada aku, mereka ni tak cukup keberanian untuk expose rasa cinta mereka hinggalah salah satu antara mereka mempunyai pasangan sendiri.. tapi ada antara mereka ni yang boleh meneruskan PERSAHABATAN selepas partner TTM mereka dahh jumpa true love dia..

TAPI!

bukan semua orang dapat menerima hubungan rapat antara lelaki dan perempuan.. mesti ada salah faham antara mereka dan membuatkan salah seorang terpaksa mengundurkan diri.. mengundurkan diri? oppss.. memberi jarak.. kerana sayang, takkan nak tengok hubungan orang yang kita sayang berantakan hanya kerana KITA kan.. 

kalau TTM tu cari kita macam mana?

bagi aku ini hal biasa.. as couple not all of the things we'll share right? so, mungkin dia lagi selesa untuk cakap dan mengadu dengan kita. tapi dalam hal ini, hubungan anda bukan lagi TTM, its BFF.. tapi kena hati-hati juga.. nanti tak pasal-pasal kena 'serang' oleh love partner dia.. hahahaha.. benda ni sangat complicated sebenarnya.. lagi-lagi kalau orang on the other side tak mau dengar penjelasan kita dan akan menuduh kita macam-macam.. kan.. so, better let your TTM go and janganlah selalu layan dia lagi.. hahahah.. untuk mengelak pergaduhan kan..

macam aku cakap rasa sayang TTM ni takkan bertahan lama.. petik jari terus hilang..hahah.. tapi bagi aku, orang yang decide TTM ni pengecut orangnya..tak berani ambil risiko untuk gagal.. macam akulah tu..hahahah..

dengan post aku kali ni, aku minta maaf kalau mana-mana pihak tersinggung..sebab aku cakap based on my experienced and maybe mereka ni baca.. maybe lah..hahaha...okay... minta maaf and have a good life.. SUMPAH! i'm over with it! ^_^

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

2 comments:

Hana Dhiya said...

Sapa ka itu buyay?? Hehehheh

Akma Dk said...

hahahah..shhh..buat nda tau jak..