Monday, November 25, 2013

Review~ Tiket Ke Neraka

"maka betullah kerisauan Muhammad, akan ada di akhir zaman nanti golongan yang alim perwatakannya, warak peribadinya, tulus percakapannya tetapi kosong di hati kelam di jiwa penuh dosa. di sebalik setiap kebaikan terselindung segala keburukan" ~ Bukan Isra' Mikraj by Tiket ke neraka


Assalammualaikum everyMONDAY! hahahah...

kalau hari tu aku dah review pasal Kitab Terfaktab maka hari ni aku nak ulas sedikit pula pasal Tiket ke Neraka..

aku bukanlah yang senang nak faham ayat-ayat berbunga walaupun aku adalah salah seorang pelajar aliran sastera dahulu.. oleh sebab itulah aku tak suka baca novel-novel cinta kecuali tulisan Hlovate, sebab dia tidak menggunakan ayat yang sukar difahami..

mengenai tiket ke neraka pula, buku ini adalah kumpulan cerita yang ditulis oleh gadis yang bernama Fatin Nadhira yang baru berumur 19 tahun ketika menulis cerpen-cerpen di dalamnya.. aku sangat kagum dengan beliau.. ayatnya tidak berbunga-bunga, straight to the point, sindirannya melalui cerpen yang dituls mudah terkena dalam hati yang hanya mereka menghayatinya sahaja benar-benar berasa betapa kerdilnya kita, betapa alpanya kita, betapa lekanya kita mengejar keduniaan tanpa memedulikan akhirat...

cerita-ceritanya berjaya membuatku merenung kembali diriku yang hina ini.. Ya Allah.. aku memang suggest korang baca buku ni.. serius! best! memang berbaloi dengan harga rm17.00 (kalau kedai buku 1 malaysia lah.. kedai lain aku tak tahu..)

ada yang bertanya kepadaku, kenapa aku suka membaca buku yang sebegini rupanya? bagi aku tulisan ini ikhlas dan kita tidak perlu banyak masa untuk menghadamnya.. yang boleh kamu baca apabila kamu rasa diri kamu cukup terlalai..okay!


bacalah untuk segelumit keinsafan dalam diri,
untuk segelumit kesedaran dalam diri,
untuk segelumit rasa hinanya diri..
bacalah bukan hanya untuk mengisi masa lapang,
tetapi untuk menjadi yang lebih baik...

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

4 comments:

Acik Riotaro said...

nk cube cri gak la...

Liza Licha said...

kdg2 baca bnda cmni bagus jgk. baru boleh insaf

aTieYusof Family said...

wah! bagus buku ni .. boleh cari nti..:)

Akma Dk said...

acik, kak atie: carilah..heheh..best buku ni.. :)

Liza: kan.. untuk muhasabah diri...