Monday, November 18, 2013

Love Situation..

"i wanted you to know that i love the way you laugh..i kept your photograph and i know it serves me well.."~ Broken by Amy Lee n Seether

Assalammualaikum..



hari ni awal pula nak update blog sebab tiba-tiba rasa ada idea untuk menaip.. heheeh.. dah lama aku tak bagi tips-tips berkaitan hal percintaan kan.. heheeh.. bahana semalam wechat ngan member aku sorang ni lah.. nak minta pandangan katanya.. well, aku ni memang dah jadi Dr.Cinta dia since diploma lagi.. ahaks!

apa yang ceritakan ni berdasarkan kisah member aku ni lah.. yang dah complicated agaknya.. sebab dia dilema nak pilih mana satu.. bukan maksudnya dua-dua perempuan tu syok dengan dia.. tapi dia dilema nak kejar yang mana satu.. so.. jum~

since dia suka kedua-duanya, aku tanya which one yang dia suka bukan setakat wajah yang cantik semata.. so, dia ada bagitahu akulah.. nak dijadikan cerita dia tak tahu nak confess macam mana sebab dia tak yakin,dan  perempuan tu sedang rapat with someone right now.. so, I give the situation.

1. FRIENDZONED

ada member kepada member aku ni suruh member aku ni confess cepat sebab takut nanti jadi friendzoned.. betul.. perempuan ni, bila dia dah terlalu selesa jadi kawan lelaki ni, susah untuk dia jatuh cinta or terima lelaki ni.. sebab dia akan takut terluka dan hilang kawan at the same time.. tapi ada ja perempuan yang selesa berkawan dahulu baru bercinta.. sebab dia nak berhati-hati..

2. DAH CONFESS

on this situation...selalunya jawapan yang perempuan bagi samaada yes or no.. kalau NO maybe dia akan cakap:

"kita kawan dulu"
~this is mean, kau ada peluang lagi nak memiliki dia.. dia cuma nak kenal kau lebih dekat sebelum dia buat keputusan yang besar untuk jadikan kau partner dia.. so, masa ni lah kau kena buktikan kepada dia macam mana tingginya harapan kau nak dekat dia.. just be friend dan dalam masa yang sama tarik perhatian dia..

kalau dia jawab,

"saya selesa dengan hubungan persahabatan kita"
~ susah sikit nak cakap.. sebab kemungkinan besar perempuan ni taknak terima kau sebab sukar untuk suka dengan lelaki yang dia dah anggap sebagai kawan..yang pada dasarnya tiada rasa cinta langsung..yang ada cuma rasa sayang sebagai kawan.. kalau berani, ambil risiko tunggu dia.. maybe one day dia akan nampak kau kan..

3. DIA RAPAT DENGAN SESEORANG

okay.. situasi ni kemungkinan besar perempuan tu memang berharap dengan orang yang dia rapat tu. kalau macam nilah situasi dia, tak ada apa yang kau boleh lakukan kecuali tunggu lelaki yang rapat dengan dia tu dumb dia.. masa tu lah kau kena masuk jarum..

TAPI! risikonya mungkin kau akan jadi rebound guy dia.. tempat untuk dia lupakan lelaki yang dumb dia tu.. 

TAPI! lagi sekali.. kau kena faham fakta bahawa perempuan sangat cepat jatuh sayang dekat lelaki yang take care about her.. lagi-lagi time dia down masa tu kan.. so, kau cuba try hard untuk buat dia jatuh sayang dekat kau.. jangan sampai dia terfikir nak cari balik lelaki yang dumb dia tu..

KESIMPULAN

dah macam karangan siap ada kesimpulan kan.. hahahah.. jangan jalinkan hubungan persahabatan jika ada niat untuk menjadikan perempuan tu kekasih kau.. risiko FRIENDZONE tu.. hehehe.. okay!

dan..dan..dan..bukan semua perempuan sama..yang ni aku cerita berdasarkan apa yang pernah aku rasa dan yang pernah aku alami.. yang pentingnya kau kena buktikan how serious you are... btw, GOOD LUCK!

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

2 comments:

aTieYusof Family said...

hihik...klu Teman tapi Mesra tu mcm mana plak sis?? hehehe

Akma Dk said...

hahahah..teman tapi mesra... na..itu lain cerita.. ^_^