Thursday, October 24, 2013

oh,my BOY!


selamat malam!

aku rasa nak menaip juga walaupun baru balik dari melangsaikan tanggungjawab.. Alhadmdulillah.. kenapalah aku punya semangat untuk menulis post di blog lagi kuat daripada semangat untuk menaip mahupun mengulangkaji pelajaran.. haiiyyaaa... aku da set mind aku untuk stop buat any task sebab aku tau aku akan busy minggu ni..

okaylah, aku menaip post kali ni dengan ditemani oleh sinar fm.. yaa.. aku memang suka dengar lagu-lagu retro..hihihihi.. minah jiwang kan.. lagi pun aku rasa lagu-lagu lama ni tak ada penggantinya.. kualitinya tidak sama.. 

aku sebenarnya nak cerita pasal beloved cousin aku ni.. haa.. aku memang rapat gila dengan dia ni.. cousins aku ni memang banyak perempuan dari lelaki.. tapi tak hairanlah kalau rapat sebab kami dah macam adik-beradik. tapi beloved cousin aku ni sepupu 3x belah bapa aku.. maknanya, dah jauhlah jugak..

aku ni taklah rapat dengan dia ni pada mulanya, sebab dia tinggal di daerah yang lain.. dan aku memang tak selalu jumpa dengan dia ni.. haih! tapi sekali sekala tu nampaklah jugak kat kenduri-kenduri rumah mak tua kitorang.. start form 5 kut aku start rapat dengan dia ni.. hurmm.. aku rasa dia dapat no fon aku dari cousin kitorang yang satu tu lagi kut.. aku pun dah lupa.. tapi memang dia mesej aku tiba-tiba.. 

masa tu memang excited gila jugalah.. yalah.. sepanjang masa ni dok tengok dari jauh.. tak pernah tegur pun.. tapi tiba-tiba dapat sms dari dia.. wah! terkezutt aku..hahha.. nak dijadikan cerita memang start dari tu lah kami rapat.. start dari situ jugalah dia selalu balik kampung.. HAHAHAH.. sampai cousin yang lain ni pun heran juga kenapa asal weekend mesti ada muka dia kat kampung tu.. 

pada mulanya family aku tak tahu yang kami ni rapat.. tapi entahlah macam mana bapa aku boleh dapat tahu, pastu bapa aku siap sound aku jangan couple dengan sepupu sendiri.. hahaha... aku pun gelak-gelak.. tak adalah aku nak couple dengan dia (walaupun pada masa tu memang tengah 'on' pun).. hahah... tapi aku tak anggaplah hubungan tu real kan.. sebab, ntahlah nak cakap macam mana.. hihihi.. can't go on laa... last2 memang stop juga..hahah

lepas break-up tu kira tak contact jugalah.. bukan apa.. masa tu sama-sama tengah busy prepare untuk spm kan.. hahahha.. yalah memang dah janji satu sama lain nak bersaing untuk spm nanti.. tapi lama-lama adalah cousin aku 1 ni cakap kat aku, "eh, kau dah lama tak contact dia kah? semalam dia ada mesej aku cakap dia rindu dekat kau..".. masa tu baru aku perasan yang aku dah lama tak contact dia.. ahahah.. then, aku pun sms dia..

sebenarnya apa yang dia rindu tu adalah tempat untuk share semuanya.. hahah.. aku pun selama ni share everything dengan dia.. seyes! so, kami start rapat semula dan mengelak untuk ada feeling more than family member kan.. hahah.. and ofkos kami berjaya..

masa aku masuk uitm, dia study mara kut tak silap aku.. tapi tak lama tu dia dapat offer kerja.. masa tu, dia tak bagitau aku tau.. aku dah macam merajuk dah sebab langsung tak boleh contact dia.. pastu masa cuti sem, aku terjumpa mama dia.. mama dia bagitau, "eh, baru terjumpa.. sepupu kau tu tengah kem sekarang.. dapat kerja.. so tak boleh contact.. dia suru makcik bagitau dekat kau.." heheheh.. baru senang sikit hati aku..wah!

pastu, dia posting dekat semenanjung juga.. kira kami dua-dua ada kat sini tapi tak pernah jumpa.. haiyyaa.. dia siap boleh kenen-kenen kan aku dengan kawan dia.. orang penang masa tu.. aku cakap dengan dia, "cousin, kau nak aku kawen orang sinikah? kau taknak jumpa aku lagi?" hahhaha.. ayat touching engkooo.. hahahah...

masa tu ada jugaklah aku terasa dan merajuk habis kat dia.. sebab dia pernah tertinggikan suara dia kat aku.. sedih kut aku.. tak pernah-pernah.. tapi lastly, aku okay sendiri macam biasa.. hahahah...

oh,ya! tahun 2011 tak silap aku yang dia eksiden masa raya aidilfitri.. masa tu, mama baru balik dari kenduri rumah mak tua.. then dia tanya aku betulkah cousin aku tu eksiden.. aku cakap, "eh, mustahil...sebab baru semalam dia mesej aku cakap dia okay ja..".. menurut mama aku dari cerita makcik aku, cousin aku ni eksiden masa tengah malam tu.. aku dah terkejut macam beruk.. call dia tak dapat.. sekali tengok fb, kakak dia buat status pasal dia..

kira-kira malam tu baru mesej aku dia balas.. hurmm memang betul dia eksiden dan tak boleh jalan.. dan dia akan terbang balik sabah pada raya ketiga.. aku terus cakap dekat bapa aku.. bapa aku faham aku risau sebab aku sangat rapat dengan dia.. pastu, bapa memang bawa aku pergi lawat dia.. aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan aku tengok dia macam tu.. tapi senyuman tetap ada dengan bibir dia.. tabik lu cousin!

actually, aku ada juga kenen-kenenkan dia dengan kawan aku.. hehehe.. tapi, haiyyaa.. belum jadi lagi.. dan baru-baru ni tiba-tiba dia ni ungkit pasal kisah cinta kami tu..aku cakap, "cousin, kenapa kau ungkit balik cerita tu?? bikin malu ba.." spontan.. aku rasa dia kecil hati juga aku taknak cakap pasal tu.. yalah.. aku tak mahulah ungkit.. malu kut..hihii..

Alhamdulillah sampai sekarang kami rapat walaupun tak selalu jumpaa.. hihihi.. memang ada juga antara family yang salah faham hubungan rapat kami ni.. tapi aku just nak mention yang kami memang rapat dan sayang satu sama lain.. tapi bukan sebagai pasangan yang bercinta.. sekadar sepupu..

well, nak promote sikit.. sebenarnya cousin aku ni still SINGLE dan HANDSOME orangnya.. heheh.. chinese look okay! dia lagi chinese look dari aku ni..heheheh.. kalau berminat sila drop komen.. hahahah

kadang-kadang aku terfikir juga dengan masa depan kami.. mampukah bakal suami aku dan bakal isteri dia terima hubungan rapat kami yang always share everything.. hahaha.. yalah! even masa dulu masing-masing ada couple, hubungan kami still tak berubah.. hahah..



btw, cousin..maaflah aku mengumpat kau pula dekat sini.. hihihi.. taklah.. aku nak express betapa kau penting dalam hidup aku.. ceh! hahaha.. walaupun aku tak pernah bagitahu kau kan! moga kita sama-sama dapat jodoh yang baik dan kehidupan yang dirahmati.. hihih.. much love! ^_^ no need to say "i love u too" because i already know it! hahahah..

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: