Sunday, October 20, 2013

my shoes, your shoes, their shoes

Terima Kasih untuk duka yang kau beri ~ Astrid


mama selalu cakap dekat aku, jangan terlalu cepat judge orang tanpa bertanyakan kepada kedua-dua pihak.. kita bukan cukup pintar dan layak untuk menghakimi seseorang itu...

abang aku pula cakap, kalau kita tak ada masa hitam.. kita tak akan jadi manusia.. sebab itulah namanya kita belajar dari kesilapan.. jangan judge orang dengan masa silamnya, judge dia apa yang dia ada sekarang.. 

funny guy kata, ya..semua orang ada kisah silam.. tapi aku selesa share dengan kau semua.. bukan semua orang open macam kau.. yang boleh terima orang macam aku jadi kawan, yang tidak memilih mereka dari apa yang mereka lalui.. dan aku pun selesa share semua dengan kau..

orang kata, kalau berkawan tu pilihlah kawan.. bak kata pepatah, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita.. namun, jika kita berkawan dengan penjual besi..bau tengkik yang kita dapat.. (betulkah pepatah tu?hihi)

tapi Mat Luthfi kata.. kalau dia rasa diri dia wangi, dia tak perlu takut dengan bau tengkik tu..

bapa kata.. berkawan dengan siapa itu bukan perkiraan.. yang penting DIRI kita.. kuatkah pendirian kita? jika ada kejahatan dalam diri seseorang itu, bukan semestinya semuanya jahat tentang dia.. begitu juga jika dia baik, tidak semestinya dia baik dalam semua perkara.. tiada manusia yang sempurna...

aku kata, selagi kita tak melalui apa yang orang tu rasai.. selagi itu jugalah kita tidak akan dapat memahami apa yang mereka lalui... aku pun pernah juga judge orang sesuka hati, padahal aku lagi jauh lebih teruk dari individu tersebut.. YA ALLAH...

bak kata kawan aku.. "kau masih terlalu muda untuk memahami apa yang aku rasa dik.." .. tidak layak aku untuk memberikan pandangan.. 

selagi aku boleh fikirkan jalan penyelesaian atau sebarang nasihat aku akan kongsikan.. tapi, aku bukan betul pun.. diri aku sendiri masih terkontang-kanting.. 

dan kamu judge aku hanya kerana aku begini? adilkah bagi aku?

kamu judge aku hanya kerana masa lalu aku.. adilkah semua itu bagi aku?

kamu judge aku tanpa memberikan aku kesempatan untuk berkata-kata untuk mempertahankan diriku..adilkah?

adilkah untuk anda, anda, anda, dan anda judge orang dengan hanya melihat dia tanpa mengetahui isi hatinya, perasaannya?? 

sedarlah,kegembiraannya luarannya pasti ada menyimpan kesedihan yang hakiki di dalam hatinya.. jangan diungkit masa silamnya, jangan diungkit apa yang pernah dilakukannya, jangan diungkit kesalahannya.. JIKA DIA INGIN/SUDAH BERUBAH.. itu akan melukakan hatinya...

aku pun kadang-kala suka judge orang tanpa mengetahui isi hatinya.. maafkan aku... post ini sekadar untuk muhasabah diri aku.. dan kalau ada yang baca post ni rasa TERmuhasabah juga.. syukur Alhamdulillah...

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: