Thursday, October 17, 2013

Inspires people


Assalammualaikum,

tak tahu nak taip apa malam ni.. tapi aku teringin sangat nak menaip..haiyyaaa.. haiyyaa.. haiyyaa... okaylah.. dalam hidup masing-masing mesti ada orang yang berkenaan di mana sering member inspirasi dan kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan kan.. dan begitu juga aku..

tidak dinafikan kadang-kadang aku rasa macam nak putus asa dengan apa yang aku buat, apa yang aku kejar, dengan apa yang aku deal.. tapi aku selalu ingat pesan-pesan orang kesayangan aku..

BAPA~ bapa tau, anak bapa sentiasa positif.. bapa bangga..anak bapa senang sesuaikan diri dengan keadaaan.. walaupun bapa tak dapat sambung belajar, tapi anak bapa lah yang sambung cita-cita bapa..

MAMA~ mama tau, anak mama kuat.. anak mama boleh buat.. anak mama kuat hati...

mereka adalah kekuatan aku untuk meneruskan apa yang aku buat, apa yang aku kejar.. bila aku rasa putus asa, sedih dan tersangat penat dengan semua hal, aku akan ingat pesan mereka.. sebab itulah gambar mama dan bapa sentiasa menjadi wallpaper handphone aku.. sebab aku akan anggap mereka nampak apa yang aku buat.... aku buat semua ni sebab semangat mereka...

so, suatu hari nanti aku juga ingin menjadi inspirasi dan semangat indiividu-individu yang berkenaan.. hehehe.. macam best jak kan...

pesanan aku kepada yang baca post ni, jangan mudah berputus asa.. jangan mudah untuk putus semangat.. sebab anda tak tahu bahawa kalau anda berputus asa, orang yang tersangat kecewa adalah ibu bapa anda.. yang menyayangi anda..buang kuasa negatif.. dan kumpul kuasa positif... mari bersama-sama... exhale.... inhale.... HAHAHAHAH...
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

3 comments:

Liza Licha said...

to inspire people is easy. just dont give up ye dear

aTieYusof Family said...

Betul tu sis..
parent penyumbang motivasi plg besar dlm diri kak juga..
semangat ya! best of luck...:)

Akma Dk said...

tq liza dan kak tie... :)