Wednesday, October 23, 2013

being educate. more educated


jangan menghina, mencaci, memarahi orang tanpa mengetahui keadaan sebenar.. kita tidak mempu memuaskan hati setiap orang terutamanya mereka yang berada di sekeliling kita...

malas untuk berkata-kata jika membawa kepada pertelingkahan..lebih baik aku berdiam diri...cakaplah selagi kau mampu cakap sampai kau tahu bagaimana situasi aku..

cuba memahami situasi orang lain sebelum membuat sesuatu tindakan yang tidak munasabah.. itu lebih kelihatan berilmu dan berakhlak.. kita sama-sama bakal pendidik..

orang yang bertindak tanpa berfikir panjang adalah orang yang pendek akalnya...

aku tidak suka memanjang-manjangkan perkara kerana aku bukannya bagus untuk bertelingkah dan mempertahankan diri aku.. aku tahu pada akhirnya aku akan menangis sendiri.. bukan kerana aku lemah, tapi kerana aku terlalu marah sehingga tidak mampu untuk berkata-kata..

maaf kerana aku tidak mampu memuaskan hati kamu.. maaf sebab aku tidak sempurna untuk kamu.. tapi cuba fahami aku.. cubalah untuk sekali ini sahaja..

aku penat.. kalau kamu tetap tidak puas hati kenapa masa dahulu kamu tidak tampil kehadapan untuk memegang tanggungjawab yang aku pikul sekarang? 

di mana kata-kata kamu yang kamu ingin sokong dan tolong aku dalam perkara-perkara seperti ini? mana? kenapa kamu cuma tahu mengeluarkan rasa tidak puas hati kamu?

tolong aku.aku pun terkapai-kapai tanpa sebarang pengalaman.. jangan dumb aku begini.. jangan tekan aku macam begini.. 

aku sayang kamu.. jujur aku sayang kamu.. aku sayang hubungan kita semua yang dulu..tapi keadaan ini membuatkan aku sudah tidak selesa dengan kamu.. maafkan aku..

Ya Allah.. buyay tahan.. kau kuat.. don't let your cries drop for stupid thing like this.. you can handle this by yourself.. please.. 


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: