Saturday, October 12, 2013

101013


di kala kau terumbang-ambing,
di kala kau tersesat mencari jalan,
di kala kau mencari pohon bersandar,
di kala kau lelah mengejar yang dikejar,

kau terjumpa mutiara,
kelihatan seperti kaca, namun di dalamnya berlian,
sinarannya kau tidak sedar,
sinarannya ditutup oleh debu-debu dan kaca palsu,
kau perlu gilapnya, gilap dengan sejuta harapan,
harapan pada satu hari nanti kau akan nampak nilainya..

akhirnya ia bersinar,
dan kau sedar,
selama ini yang kau kejar adalah kaca dan berlian itu sentiasa di sisimu,
di sisimu menunggu untuk kau gilap menampakkan kilauannya,
butakan matamu, tapi jangan butakan hatimu.. 
kerana bila hati tidak melihat, maka kau tidak akan menjumpainya..
sesuatu yang bernilai untuk dirimu..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: